"Ya Allah, ampunilah segala kesalahanku dan kejahilanku dan keterlaluanku di dalam urusanku, dan terhadap apapun jenis kesalahanku yang Engkau lebih mengetahui daripada aku".
Pesanan ini aku ambil 5 tahun yang lepas dari muzakarah di laman sesawang yang aku sendiri telah lupa. Maaf kerana gagal mengingati kerana level ingat-mengingat aku tak tetap. Long term and short term. Pesanan ini adalah pesanan dari ulama muktabar khusus kepada kaum Hawa dan semoga kita mendapat faedahnya, insyaAllah.
1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, duduklah atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi SAW. Wujudkan masa pembacaan hadis bersama keluarga di rumah agar anak-anak dapat menghayati Islam dengan baik.
Alhamdulillah, secangkir kesyukuran aku tadahkan buat tuan punya alam, Allah S.W.T yang masih mengizinkan aku untuk melihat dunia. Moga usia ini dipanjangkan dan dapat digunakan untuk kebaikan,aameen.
Mungkin ada antara kita yang tahu mengenai asal- usul sembahyang dan mungkin juga sebaliknya. Aku baru refresh pembacaan artikel-artikel yang dah lama aku simpan dalam folder "for myself to access". Amatlah bagus sekiranya ilmu itu tersebar dan dikongsikan dengan yang lain. Tidak rugi sedikit pun malahan mungkin ianya dapat memberi pengajaran kepada diri aku sendiri. Sama-samalah kita membacanya:
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada
suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram
air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa
a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu
mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku
kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan
terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak
terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat
Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya
kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia
setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa
maka beliau pun berlalu dari situ.
Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur. Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"
Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejek," Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."
1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9 Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.
Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk merasai nikmat hidup dan masih berkemampuan untuk berkongsi sesuatu di sini. Sudah lama rasanya tidak membelek blog ini yang kujadikan sebagai medium sharing is caring. Kesibukan bergelut dan berperang dengan buku dan nota tidak mengizinkan aku untuk menyumbangkan sebarang entri lewat 4 minggu ini. Alhamdulillah selesai sudah lapan paper yang benar-benar menduga kesabaranku. Duibuqi kepada yang bertanya mengenai entri baru. Entri ini merupakan seciput ilmu yang ada dalam kotak lappyku. Moga kita sama-sama mendapat manfaatnya, insyaAllah.
Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
Moral dan Iktibar
~Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen.
~Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah.
~Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
~Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu.
~Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak.
~Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
~Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda
~Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.