Showing posts with label yu n ai. Show all posts
Showing posts with label yu n ai. Show all posts

Tuesday, December 11

Untuk adik perempuan kesayanganku..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Salam cuti Selangor.

Khusus untuk adik perempuan kesayangan aku,
Di saat kau diuji, bertabahlah..
Aku sebagai kakak, mungkin tak sekuat kau..
Kau beruntung, DIA cipta liku, ranjau dan ujian untuk kau tempuh..
Kau insan terpilih.. Aku cemburu..

Buat adik perempuan kesayanganku..
Kau mungkin tidak tahu,
Aku mencoret sesuatu di sini khusus buatmu..
Aku turut berduka di saat kau berduka..
Kakakmu ini punya kuasa kasih yang tinggi..
Tidak betah dia membiarkan adiknya bersedih..
Akan dicuba sedaya upaya untuk membantu,
meringankan beban yang kau tanggung..


Untuk adik perempuan kesayangangku..
Kau mungkin nampak canggung menahan tangis..
Lepaskanlah... itu penawarnya..
Bangunlah dari kesembapan mata... 
Bangkitlah dari bermuram durja..
Hidup perlu semangat.. 
Semangat jangan dibiarkan ia mati..
Sedarlah dengan hakikat..
Pandu diri ke alam realiti..

Khusus untuk kau yang bergelar adikku,
Doaku takkan pernah putus..
Selagi nyawa ini masih ada..
Akan aku cuba melaksana..
sesuatu yang teristimewa..
Agar dirimu bahagia...

Ya Allah.. Terima kasih atas ujian yang Kau beri padanya... Kau lebih berhak mengatur dan merencana sesuatu buat hambaMu.. Sesungguhnya kau Maha Perancang Terbaik.. Terima Kasih ya Rabb..

Firman Allah yang bermaksud:
" Boleh terjadi perkara yang kamu benci, padahal ia amat baik bagi kamu. Boleh terjadi perkara yang kamu cinta, padahal ia amat buruk bagi kamu. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui, Sedangkan kamu tidak mengetahui.."
-Surah al-Baqarah, ayat 216-

Salam kasih buat satu-satunya adik perempuan kesayanganku...

Monday, December 6

kenangan kau dan aku...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

ala-ala kat bagan lalang-gambo hiasan


 Last vocation BBA3

Tarikh: 5 Disember 2010
Lokasi: Bagan Lalang..
Masa: Secara formal 4.30 petang..tp ditunda ke 6.30 petang sebab 2 kereta sesat..
Acara: Semua spontan..termakan n tertangkap gambo..
Makanan: satay.. nasi berhimpit-himpit..bihun goreng..kerang bako...n sewaktu dengannya..
Kenangan: macam-macam..best!
Pesanan: Sediakan map sebelum jem..boleh shortcut~

Friday, November 12

Hati sy bahagia..Alhamdulillah..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Di petang yang indah ni..kepala sy sedikit tingtong..sebabbbb.. terlajak minum nescafe..Sedikit regret sebab sy terpakse minum..Bukan secara rela..Selepas dinasihati..I say NO to nescafe..Sebab sy tak serasi.. :(

Awak.. pernah tak awak rasa bahagia bila tengok orang yang awak sayang and kasih bahagia? Hari nikan sy catat dalam diari pink sy.. Sesungguhnya sy bersyukur bila orang-orang yang sy kasihi bahagia..Hati sy sangat tenang dan lapang.. Alhamdulillah..moga Allah kekalkan rasa ni sehingga akhir hayat sy..Aameen..

curik pic klas sy...

Biar takde ruper asal hati baik..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Sy tertarik dengan page FB seperti tajuk entri yang tertera di atas. Bukan niat sy nak bicara panjang lebar tapi cukuplah sekadar memunculkan perasaan ingin berfikir dalam kalangan kita.
cOURTESY BY mR.gOOGLE

Tuan-tuan dan puan-puan.. this entri amat santai dan sy menaip pun dengan lemah gemalai lagi sopan santun. Isu ni amat biasa tapi kadang-kadang ia menjadi extraordinary bila kita sengaja mengkomplekskan diri kita memilih pasangan hidup yang amat sempurna.. Aishh.. Ni first time sy melangkah ke entri sedikit jiwang dan berkaitan jodoh untuk blog ni. Moga ia masih di landasan yang betul..aameen..

Thursday, November 11

Awk, sy syg awk..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Awk, awk chat tak?
Dah lama sy tak tanya khabar awk, kn?
Awk tak ok kn? kn?
Kenapa muka awk sedih?
Kenapa awk muram je?
Sy tau.. awk rase lemah sebab awk tgh facing problem yg awk rase awk tak mampu kn?
Awk, awk perlu kuat.. Itu semua cubaan dan ujian yang Allah kasi kat awk..
Awk perlu rase beruntung sebab Allah sayang awk.. Dia kasi musibah ke ujian ke sebab Dia nak tengok sabar awak level berapa? kasih sayang awak pada Dia sebesar mana? Rasa syukur awak ke atas Dia banyak mana?

Thursday, October 21

Sy perlukan awak!

Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Dah lama sy x update blog.. Dah lama jugak sy x up nuff kt blog kawan-kawan.. Asifah jiddan..
Sy memang sibuk.. Sibuk menjaga hati thesis yg sentiasa meminta untuk dimake upkan.. Tapi, lewat dua hari ni, hati sy tidak lg pada tesis Comm n tesis Arabic sy.. Mood- amat tertekan..


Google: I'm so stressed!!!


Tuesday, March 30

Aku cinta dia!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

google
Aku baru kehilangan moyang tersayang Isnin lepas. Moga rohnya aman dan di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman,aameen. Al-fatihah.

Entri kali ini hanya berkisar mengenai aku dan si 'dia'. Cukuplah aku memperkenalkan 'dia' sebagai A. Aku mula jatuh cinta dengannya sejak aku kecil. Sekarang aku masih menyintainya dan insyaAllah sehingga mati aku akan tetap mencintainya.

Bermula dengan perasaan suka aku telah memilihnya untuk menjadi teman hidupku. Honestly, aku memang mencintainya. Sebenarnya, mummyku tahu akan perasaanku terhadap A. Sebelum mengenal abc dan 123 lagi aku sudah mengenal A. Kesemuanya atas dorongan mummyku. Dahulu, mummyku selalu mencari jalan agar aku sentiasa dekat dengan A. Alhamdulillah berkat usaha dan doa seorang ibu, Allah telah buka hatiku untuk mencintainya."Oh, thanks mum i'm falling in love.." Usaha mummyku berhasil. Itu pasti! Aku bersyukur kerana dalam tempoh masa ini aku telah menerima A dan masih belajar untuk memahaminya sebaik mungkin. Babahku dan seluruh keluargaku amat menyokong cintaku ini. Bahagianya diri. Alhamdulillah. Tiada bantahan dan tiada kompromi. Thanks Allah!