Showing posts with label tak berape cool. Show all posts
Showing posts with label tak berape cool. Show all posts

Tuesday, December 11

Monolog hati


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. tinggal lagi beberapa hari untuk menghabiskan saki baki interaksi kali ini. Interaksi kali ni paling lama berbanding interaksi-interaksi yang lepas. Mood nak balik rumah pun macam  terlebih happy. Dah lama rasanya kat bumi Bangi. Feeling pun bercampur baur. Macam-macam aku rasa kat sini. Stress plus penat plus tak cukup tidur plus tak cukup makan plus terlebih kunyah maggi plus happy plus sayang plus teruja plus semangat plus rindu dan plus segala-galanya.

Memandangkan hari ni satu Selangor cuti, aku pon plus tidur. Rasanya satu maktab tengah habiskan sehari ni dengan santai. Aku pun exception. Esaimen aku ada lagi tak siap. Tapi honestly aku takde 'rasa' nak buat. Lately, aku dah pandai berjinak-jinak dengan sikap 'malas'. Mungkin sebab hati dah ada kat Ipoh. Bila fikir balik, hidup tak semestinya kasi peluang untuk kita sentiasa jadi rajin. Rasa bermalas-malasan itu perlu juga kot. Tapi haruslah ada correlation dengan keadaan. Aku dah merasai. Contoh paling mudah tahap aku sebagai pelajar yang sedang merangkak ni mestilah pasal assignment. 



Contoh:
 Aku terlalu excited nak siapkan assignment sampai cipta lebam bawah mata sebab tak cukup tidur, hilang berat badan ideal sebab kurang makan, kurang kasih sayang and etc. Disebabkan aku terlebih rajin dan terlalu pulun, aku siap assignment awal. Rasa dalam diri (sangat happy dan sedikit power dan secebis rasa bangga). Astaghfirullah. Hakikat mengatakan kawan-kawan aku yang lain masih sempat main nyorok-nyorok, siap sempat makan nasik arab dan masih belum siap assignment. Aku cuak. Aku terlebih rajinkah atau mereka terlebih santai?

Masuk ke kelas menghadapi pensyarah, assignment yang ditugaskan tidak perlu dihantar. Aku cuak jugak. Tempoh submit dipanjangkan. Oh really?? Syahdunya hati aku. Aku tak kisah assignment aku dah siap. Sedikit kesian sebab kawan-kawan tak siap. Tapi...........
aku mula terfikir, aku mungkin skema sebab terlalu rajin. 
Mungkinkah aku perlu bermalas-malasan jugak dalam membuat assignment? 

So poor sebab kadang-kadang aku bermonolog negatif.
______________________________________________________

Terima kasih kepada penguat semangat..

Saturday, January 14

Aku dan dosa

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Bila mengenangkan hidup aku dirantai dosa...
Fikiran aku lesap entah ke mana...
Mengingati kembali percikan noda..
Yang aku pernah baluti pada segumpal darah..
Yang bernama hati..

Hari ni sangat sayu dan amat pilu..
Hati sedih... dan sangat pedih..
Terlalu banyak merungkai dosa semalam..
Yang tak pernah kelam dan suram.
Dan sentiasa menghantui masa depan..

Memori tak boleh lupus melainkan hilang ingatan..
Kenangan itu penyembuh di kala kau kedukaan..
Jangan biar ia luput walaupun kau ditelan zaman..
Tapi kesalahan tak betah kau nak hapuskan..
Selagi tiada kata maaf yang dilafazkan..

Wednesday, January 11

Edisi Demam

 Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Hari ini otak sedikit cedera. Daya penta'akulan pun kurang baik. Segala deria pun kurang berfungsi. Tenaga pulak dah makin berkurang tah berapa joule. Mood masih ok alhamdulillah.. Yang pasti suhu badan oh awesome! Dah berubah drastically.. Simptom dah makin merebak. Sore throat- flu- breathless sometimes- loss of appetite!

Courtesy by: Google

Thursday, October 13

Annoying ke tak?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, kelas tak full untuk hari ini.. Amat seronok bila dapat relief kelas.. Yeah, kasi lagi, kasi lagi..sebab jujur ngaku sy suke... Its better than sy tercongok takde kerja.. Seronok melayan students. Sebab diorang banyak ragam.. :)

Para pembaca yang budiman, terduduknya sy disini adalah untuk bertanya satu soalan pada anda.. Adakah kejadian ini annoying ataupun tidak?

Sila jawab dengan jujur ye sayang-sayang sekalian.. :)


courtesy: Mr.Google

Thursday, August 11

Just go away..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.. 

Feeling tak berape hepi hari ni.. so just kasi luah same ini perasaan..Here it goes..

I wanna stretch the paper..
But it doesn't mean I'm quit..
Terrible emotion.. Lost passion!
Fullstop at the moment..
Just go away..

Hey, I wish you could see how much its hurt..
One day without.. I felt lost!
With sorrow and fears..
With pain and tears..
I can't stand myself..
But I can't let it go..
It seems ruin my day..
-Depressed- (*_*)

Tuesday, February 8

Sy cool kot?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Hari ini amat santai.. Kerja kurang tp sy tak seronok..Boring.. Dok merapu n merayap baca blog kawan-kawan.. Pastu, dok sedap buat laporan tiba-tiba Allah kasi petunjuk.. Alhamdulillah.. Allah tunjuk lagi kebenaran... Kebenaran pasal persahabatan.. Sebelum ni sy dah buat entri pasal jujo.. Payah sangat aih bila kawan terlebeh concern kuasa dua. Segala benda nak korek n nak tau.. At least kasi la pribasi a.k.a privasi kat diri ni.. Aishh.. Takkan semua benda nak share n nk kasi sure heboh. Jujo ngaku ni memang geram tahap gaban.. Tapi sy cool..Tak heran sangat..dalam kurungan maseh senyum-senyum :D

:)
 Eh jap ni entri bukan nak mengaibkan sapa-sapa.. Sy publish jugak sebab bermotipkan untuk kita lebih kenal mana kawan yang jujo n vice versa..  Dalam hati rawan, sy masih nak gelak.. Hehe.. Kelakar la berdepan dengan orang yang pretend and hide something.. Terkulat-kulat jugak la kan.. Cuma nak pesan, berkawan ada rule.. Pertama hormat, kedua, sayang...ketiga..saling mendoakan.. keempat..saling percaya.. Tak tau la pulak ada rule untuk godek n korek segala privasi kawan n pastu jaja merata.. Sy tak vote this rule! Respect tu susah eh? 

Thursday, January 27

::::m-e-m-b-e-k-u::::

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Salam rindu untuk semua kawan-kawan sy.. Maaf dah lame tak update n xjenguk korang.. Moga Allah sentiasa merahmati kita semua..aameen :)

Jangan kasi hati beku dr mengingat Allah :)
Buat masa ni, sy membeku dari mengeluarkan sebarang entri..Kesibukan berpraktikal membataskan idea-idea untuk dimuntahkan di layar skrin ini..Anda sekalian..silelah jaga diri sebaik mungkin..Jangan nakal sangat n berhidup dengan baik eh..

Thursday, August 26

Sahur oh sahur


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

sahur banyak pahala
Sy terlepas sahur hari ni. Dukacita dimaklumkam, sy amat sedih kerana handset di sebelah gagal membangunkan sy. Persoalan berbangkit di fikiran hanya yang tersebut:-
  1. Silent mode yang terlupa ditukar kepada Generalkah puncanya?
  2. Tidur yang amat nyenyak selepas moreh kek batik dan cucur keriakah yang menyebabkan sy tak terbangun?
  3. Kepenatan melampau selepas seharian di bilik mutimediakah?
Soalan di atas amat subjektif dan setakat ini itu yang berlegar-legar dan mengetuk-ngetuk benak fikiran sy. Namun, Encik Rasional datang tanpa dijemput dan menjelaskan sebab-musababnya kepada sy. Hati, fikiran dan emosi nodded tanda setuju. No compromise!

Tuesday, June 15

Kadang-kadang

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, aku masih berperasaan nak share something di sini. Aku bukan nak membebel cuma nak menyuarakan hasrat di jiwa. Only about kadang-kadang----

Kadang-kadang aku rasa apa yang aku fikir betul, tapi orang cakap "salah apa yang kau fikirkan".
Kadang-kadang apa yang aku buat datangkan faedah, tapi orang cakap "sia-sia kau buat macam ni".
Kadang-kadang cadangan aku bernas jugak, tapi orang cakap "cadangan kau tak boleh pakai. Sumpah".
Kadang-kadang aku rasa tindakan aku confirm betul, tapi orang cakap "baik kau duduk senyap-senyap. Jangan melebih-lebih".
Kadang-kadang hati aku sedih dan dizahirkan dengan air muka yang keruh, tapi orang cakap " berape sangat la muka seposen kau tu. Pergi tido!"
Kadang-kadang hati aku gembira bukan kepalang dan terhegeh-hegeh cari orang, nak share berita gembira la konon, tapi orang cakap, " tak payah bangga sangat".
Kadang-kadang aku menangis sampai bengkak mata lepaskan sedih di hati, tapi orang cakap "cite korea mane yang kau tengok sampai banjir?"
Kadang-kadang bila aku duduk sorang-sorang lepas tension di jiwa, ade pulak orang cakap " baru putus cinta la tu".
Kadang-kadang aku mengharapkan seseorang yang boleh jadi good listener, tapi orang cakap " Sabar je la dan pendam dalam hati. Habis cerita".
Kadang-kadang aku teringin ade orang faham aku, tapi orang cakap " Kau pun tak faham orang, ada hati nak orang faham kau".

Emmm..Try put yourself on my shoes..Apa korang rase ye?
Cuba fill in the blanks ye kawan-kawan.
Ini pilihan jawapan..Sila pilih jangan rebut-rebut.
*Bersyukur     *Sedih          *Gembira

1-Amat_______ sebab ada orang ambil berat.
2-Rasa _______ sebab diri yang rendah ini semakin direndahkan.
3-Rasa _______ sebab ada orang menegur.

Sebenarnya aku bukan menaip entri ini untuk suka-suka. Secara rasionalnya kita boleh rasa tak yang diri kita ini tak semestinya betul dan kadang-kadang pendapat, luahan, teguran, cacian dan makian orang itu yang betul. Berdasarkan ape yang berlaku dalam hidup aku, amat diakui tanpa malu-malu yang aku ni sebenarnya tak setabah dan sekuat mana. Kadang-kadang teguran dan cacian orang itu yang aku ikut sebab dari situ aku dapat bina keyakinan. 

Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana mengurniakan insan-insan yang baik terhadapku. Di kesempatan ini juga aku nak berterima kasih kepada orang yang sudi membawa kebaikan dan pengajaran yang berguna pada diri aku. (^_^)

Pendek kata ye kawan-kawan, kita tak sempurna so, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan kerana hanya Allah Maha Sempurna. Baikilah diri kita dahulu dan tegurlah sahabat kita yang salah dalam pemikiran dan tindakan. Kitakan hidup untuk saling nasihat-menasihati. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Wallahua'lam

Monday, March 22

Happy and unhappy

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

A big thankful to Allah because He is so loving in giving me kudrah and ability to share something with all my lovely friends.

After reading Readers Digest yesterday, I'm so glad that there seem to be so many ways to be happy. For this entry, I think no need to say more, just wanna to put more happy and unhappy pictures here. Please make comparison between happy and unhappy pictures below. Which picture is suitable with you. Please fill in the blanks which picture is you.=)
Take a look guys.