Thursday, August 26

Sahur oh sahur


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

sahur banyak pahala
Sy terlepas sahur hari ni. Dukacita dimaklumkam, sy amat sedih kerana handset di sebelah gagal membangunkan sy. Persoalan berbangkit di fikiran hanya yang tersebut:-
  1. Silent mode yang terlupa ditukar kepada Generalkah puncanya?
  2. Tidur yang amat nyenyak selepas moreh kek batik dan cucur keriakah yang menyebabkan sy tak terbangun?
  3. Kepenatan melampau selepas seharian di bilik mutimediakah?
Soalan di atas amat subjektif dan setakat ini itu yang berlegar-legar dan mengetuk-ngetuk benak fikiran sy. Namun, Encik Rasional datang tanpa dijemput dan menjelaskan sebab-musababnya kepada sy. Hati, fikiran dan emosi nodded tanda setuju. No compromise!
amik kt google-melewatkan sahur lagi banyak pahala
Jawapan:-
Sebenarnya, bukan rezeki sy untuk bersahur hari ini. Tidak mengapa..hari esok dan seterusnya mungkin Allah kasi peluang untuk bersahur, InsyaAllah.
Ada sesetengah daripada kita mungkin tak kisah pasal sahur tapi Rasulullah SAW bersabda dalam Hadis Riwayat Ahmad,

"Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur."

Rasulullah SAW juga bersabda yang maksudnya : “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

So, nampak tak sahur tu ada berkat? Selain itu sedar tak kita kawan-kawan bahawasanya sahur itu adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Muslim dengan orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab. Berdasarkan hadis riwayat at-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda,

"Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur."

Emm..oleh itu ye kawan-kawan, sama-samalah kita meringankan diri untuk bangun sahur..=)

Take care dan Ramadhan Kareemm..
Wassalam (",)

No comments:

Post a Comment

yang kisah