Friday, August 27

Jangan jangan jangan

Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum wbt..

amik dr encik Goo..mencantikkan ruang yg ada
Berbekalkan khazanah misteri yg dah lame sy peram dalam lappy ni, dengan keterujaan sy mengisytiharkan bahawasanya hari ini satu khazanah akan dikeluarkan dari tempat persembunyiannya. Diharapkan agar anda semua bersabar dan tidak membuat muka pelik. Tut tut tut.. 

Pada pagi yang amat berkat ini, terjalan-jalan rasa di sanubari sy untuk kecek pasal jangan jangan jangan bukan gaia gaia gaia ye kawan-kawan. Ha, cuba teka apa yang jangan jangan jangan tu? 

--------------------------------------------------------###
--------------------------------------------------------###
--------------------------------------------------------###
-----------------------------------------------------------------------------------------------------#######
-----------------------------------------------------------------------------------------------------#######
-----------------------------------------------------------------------------------------------------#######
Kat bawah ni la khazanahnya yang banyak bawak manfaat kepada diri sy. Actually, ini sebahagian ilmu yang sy simpan pada Encik Ace pada zaman kami teman tapi mesra tiga tahun yang lepas. Walaupun Encik Ace dah tinggalkan sy selepas diwarning oleh MakPapanNipis, sy tetap redho. Mungkin Encik Ace bukan untuk sy dan sy tahu Allah akan kasi yang lebih baik daripada Encik Ace.(^_*) So sekarang sy dah ada MSI(blushing blushing).

Hmm..sekarang sy nak share khazanah ni dengan kawan-kawan. Sebelum tu kan, sy nak menyusun 20 jari nak mintak maaf pada yang berkenaan, iaitu owner artikel ini . Sy tak ingat dari laman sesawang mana sy amik pasal jangan jangan jangan ni, MAAF ye tuan/puan/encik/cik..
  1. Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. 
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita. 
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 
  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat. 
  6. Jangan makan tanpa membaca dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 
  9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 
  10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. 
  11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia, kalau memang kita bersalah. 
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. 
  17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, akan sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."  (Surah Al-Ahzab:71) 

Tanda-tanda: # --> sebagai corak semata-mata
                    Mr.Ace--> lappy Acer 4520 yang rosak gara-gara motherboard
                    MakPapanNipis-->Motherboard
                    MSI-->lappy yang mummy & babah sy kasi.

Kata hati sy: Moga entri ini sama-sama bawa manfaat untuk kita, aameen..
                   Salam sayang untuk anda..Ukhwah fillah abadan-abada..
                   Wassalam (",) 

2 comments:

  1. selalunya perkara jangan jangan jangan inilah yang sering kita lakukan.astaghfirullahalazim...
    -kak b-

    ReplyDelete
  2. Great blog I enjoyedd reading

    ReplyDelete

yang kisah