Sunday, August 29

Ada tiga yang akan ikut mayat


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

mati itu pasti..
Di petang yang sepi ini, sy membelek-belek lagi folder "Tazkirah" dalam MSI. Sengaja mengisi masa dan kat sini nak share hasil dari pembacaan sy.

Ada tiga yang akan ikut mayat:
  1. Keluarganya
  2. Hartanya
  3. Amalnya 
Ada dua yang akan kembali dan satu akan tinggal iaitu bersamanya hanya amalnya manakala keluarganya dan hartanya akan kembali. Ketika roh meninggalkan jasad, terdengarlah suara dari langit memekik,"Wahai polan anak si polan..
  • Apakah kau yang telah meninggalkan dunia atau dunia yang meninggalkanmu?
  • Apakah kau yang telah menumpuk harta kekayaan atau kekayaan yang telah menumpukmu?
  • Apakah kau yang telah menumpuk dunia atau dunia yang telah menumpukmu?
  • Apakah kau yang telah mengubur dunia atau dunia yang telah menguburmu?"
Ketika mayat diletakkan untuk dimandikan, terdengar dari langit suara memekik.."Wahai polan anak si polan,..
  • Mana badanmu yang dahulunya kuat, kini terkulai lemah?
  • Mana lisanmu yang dahulunya fasih, kini bungkam tak bersuara?
  • Mana telingamu yang dahulunya mendengar, kini tuli dari seribu bahasa?
  • Mengapa sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia, kini tidak bersuara?"
Ketika mayat siap dikafan, suara dari langit terdengar memekik, "Wahai polan anak si polan, 
  • berbahagialah apabila kau bersahabat dengan redha
  • celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah."
Wahai polan anak si polan, kini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan, nun jauh tanpa bekal. Kau telah keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali selamanya. Kini kau tengah safar pada sebuah tujuan yang penuh pertanyaan."

Ketika mayat siap disolatkan, terdengar dari langit suara memekik, "Wahai polan anak si polan,..
  • berbahagialah apabila amalmu adalah kebajikan
  • berbahagialah apabila matimu diawali dengan taubat
  • berbahagialah apabila hidupmu penuh dengan taat."
Ketika mayat siap disolatkan, terdengar suara dari langit memekik, "Wahai polan anak si polan, setiap pekerjaan yang kau lakukan kelak kau lihat hasilnya di akhirat. Apabila baik maka kau akan melihatnya baik. Apabila buruk kau akan melihatnya buruk."

Ketika mayat dibaringkan di liang lahad, terdengar suara memekik dari langit, Wahai polan anak si polan, apa yang telah kau siapkan dari rumahmu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gelita di sini?"

Wahai polan anak si polan, dahulu kau tertawa kini dalam perutku kau menangis. Dahulu kau bergembira, kini dalam perutku kau berduka. Dahulu kau bertutur kata, kini dalam perutku kau bungkam seribu bahasa."

Ketika semua manusia meninggalkanya sendirian, Allah berkata, " Wahai hamba-Ku, kini kau tinggal seorang diri. Tiada teman dan tiada kerabat di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap. Mereka pergi meninggalkanmu seorang diri. Padahal, kerana meraka kau pernah melanggar perintah-Ku. Hari ini, akan Kutunjukkan kepadamu kasih sayang-Ku yang akan takjub seisi alam. Aku akan menyayangimu lebih dari kasih sayang seorang ibu pada anaknya."

Kepada jiwa-jiwa yang tenang Allah berfirman, "Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam Jannah-Ku."
 
=================================================================================

Kepada semua yang membaca, moga kita sentiasa mengingati mati dan berusaha menjadi hamba-Nya yang soleh dan solehah, insyaAllah. 
Rasulullah SAW bersabda," wakafa bi almauti wa'idha." Maksudnya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!

Salam sayang..salam kemaafan..
Wassalam ..(",)

No comments:

Post a Comment

yang kisah