Showing posts with label ingatan buat diri yg lupa. Show all posts
Showing posts with label ingatan buat diri yg lupa. Show all posts

Monday, January 2

::- Kembali hidup bertuhan -::

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Once diri jauh dari Allah, semua yang kita buat memang tak kena. Serba serbi bercelaru. How far you push yourself and double tripplekan your efforts, sesuatu itu takkan menjadi jika Dia tidak mengizinkan. Mesti cuakkan?? Tidak dapat tidak, confirm ada yang tak dapat terima hakikat sometime! I'm no exception!

"Emm, aku rasa aku dah buat yang terbaik. Tapi.... macam mana boleh gagal? Ishh peliklah!"
"Apa salah aku ya Allah? Apa dosa aku? Kenapa Kau buat aku macam ni? Oh no!! Huwaaaa.."
"Dah banyak kali aku cuba, tetap tak berjaya.. Ape ade hal.. Arghhh!!!! "
"Siapa yang perdajalkan aku ni? Mesti ada orang dengki.. Sebab tu aku gagalkan!!"
"Aku tak percaya macam ni nasib aku. Sedangkan aku dah bagi yang terbaik.. Why?"

Courtesy by: Google

Wednesday, December 21

Man la Yarham, la Yurham

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt..

Rasulullah SAW bersabda, "Man la Yarham, la Yurham.."-Hadis Riwayat Muslim. Maksudnya, barangsiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.

Courtesy: Mr.Google

Tuesday, December 20

Unzur ma qol, la tanzur man qol..

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Salam ukhwah sahabat! Lama tak ke sini mencoret sesuatu. Kerinduan sudah~ 
Diharapkan kamu semua sihat di bawah rahmat Allah. (",)

Just wanna sharing something cool here. Aku tak letak mesej panjang berjela. Cukup sekadar ada input dan boleh diambil manfaatnya.

courtesy: Mr.Google

Tuesday, November 22

"Setiap orang kalau mahu jadi isteri, mahu jadi isteri yang baik.."

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

"Setiap orang kalau mahu jadi isteri, mahu jadi isteri yang baik.."

Pernah dengar kata-kata tu? Itu kata-kata yang aku suka. Selalu sangat dengar dalam tv. Dah hafal dan dah set dalam hati. Tapi nak jadi isteri yang baik bukan semudah mengunyah kacang. Semuanya berpaksikan kepada cinta Allah yang Maha Satu. Bila mana hati kita bulat dan tekad menyintai Dia lebih dari segala yang ada, matlamat dan impian itu akan mudah digapai dengan pertolongan-Nya. Tapi, cinta kepada Allah bukan sekadar kata nama yang hanya kita cakap dan diamkan dalam fikiran sebaliknya adalah satu kata kerja yang kita perlu gerakkan dengan amalan.

Courtesy: Google

Wednesday, November 2

Penghijrahan status

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari ini ada kesempatan masa nak berkongsi sesuatu. Title di atas tidak tahu sama ada it's sound good or vice versa. Mulai hari ini, gaya penulisan akan berubah skema, ejaan akan full, segala titik noktah, koma dan seangkatannya akan digunakan secara berhemah mungkin. Penulisan sebelum ini mungkin terlebih santai dan banyak menggunakan short form. Itu tidak bagus untuk kesihatan bahasa. So, aku akan cuba memperbaikinya. Maybe it's called penghijrahan~

* Aku adalah ganti diri pertama buat masa sekarang dan tidak lagi sy seperti sebelum ini.

Sepanjang menjalani tempoh pantang di rumah, aku sedang berupaya menghabiskan pembacaan buku tulisan Abu Ahmad Fatanah, berjudul 40 Sifat Yang Dicintai Allah. Secara jujurnya, aku terkesan bab 39 iaitu 'Hati Sebagai Raja'. So, entri ini akan berkisar mengenai hati.

Courtesy: Google




Wednesday, October 5

I ♥

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt....

If God brings you to it,
He will bring you through it.
In Happy moments, praise God.
In Difficult moments, seek God.
In Quiet moments, worship God.
In Painful moments, trust God.
In Every moment, thank God.

I
♥
♥
♥
ISLAM

Tuesday, September 6

Aku terima nikahnya

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Courtesy: Google

"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..."
Bunyi macam senangkan? Ce faham makna simboliknya...

12 barisan di akhirat

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Suatu ketika, Muaz b Jabal r.a menghadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris"-Surah An-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab, "Wahai Muaz, engkau telah bertanya kepada aku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."
Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:-

Barisan pertama
Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Thursday, August 11

Ya Allah


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

courtesy: Uncle Google
"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu dan mensyukuri-Mu serta beribadat dengan baik kepada-Mu.

Tuesday, August 9

Allah cakap tutup aurat..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Salam 9 Ramadhan.. Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah Maha Penyayang untuk terus menjalani ibadah puasa... (^_^)

Semalam dok belek-belek pesbuk kazen terbekenan dengan status beliau.. Siyesly like! So jujurnya sy telah mengkopi dan tampalkan status itu di sini.. Sekadar perkongsian yep.. Ce bace kekorang..

Ali : Awak puasa?
Minah : Yela..
Ali : Kenapa awak puasa?
Minah : Bodohnya awak..kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la..
Ali : Kenapa tak tutup aurat?
Minah : Eh, suka hati sayala..hak masing2.. 
Ali : Owh..tp kan ALLAH yg suruh kita tutup aurat..

Friday, August 5

Hate no one!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Sesimpel simpel tajuk entri kat atas tu..just nak quick update.. Sekarang sume mende nak quick... Di celah-celah mase yang makin singkat ni.. Terase macam nak tempek jugak mesej ni..

courtesy: Uncle Google
Dalam hidup ni... jangan benci kat orang.. Tak baek! Allah tak suke.. Kita hidup bukan sorang-sorang.. So berbuat baek la dengan semua.. Walaupun ade sesetengahnya tak berkenan and tak suke kite, tak mengape~ Kite kasi suke kat semua ok?

Thursday, August 4

Medan topup pahala

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..



`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
                     /▌*˛˚ღ •˚
selamat menyambut bulan ramadhan  ♥♥ ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥


Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua muslimin dan juga muslimat.. Moga ibadah kita pada Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.. aameen.. :)

Ehem.. Time puasa ni memang banyak dugaankan..? Lagi banyak Allah uji lagi banyak Allah sayang.. Time puasa la kesabaran punye level kene upgradekan.. Di samping kite nak topup amalan.. sume lesen mulut, telinge, mate kene renew right? Sume kene kasi jage..kasi servis and kasi kuase... kasi kuase kat mulut untuk sentiasa zikir sebut nama Allah n mengaji.. kasi kuase kat mate untuk sentiasa pandang tempat sujud beribadah kepada Allah..kasi kuase kat telinge untuk sentiase dengar ayat-ayat suci Al-Quran, tazkirah n motivasi... nicekan?

Thursday, July 28

Al-Fatihah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.. Daripada Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali..

AL-FATIHAH buat arwah ibu saudara tersayang.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. Aameen ya Rabb..  (T_T) 

Thursday, July 14

"THE MORE YOU THANK ME, THE MORE I GIVE YOU"

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

ALLAH SAYS: "THE MORE YOU THANK ME, THE MORE I GIVE YOU"

Allah berfirman maksudnya, " Maka ingatlah kepadaKU,nescaya AKU ingat padamu," "Sesungguhnya dengan berzikir kepada Allah SWT dapat menenangkan hati".


Tuesday, July 12

Pahala berselawat..


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt,,,

Tetibe rindu nak denga lagu ni.. So terus call pakcik Gugel suruh die call pakcik Youtube..Haa.. terus jumpe.. Lalu sengaje memasukkan video ini pun... Same2 kite denga n hayati lirik die yep!!! 

Ce ikut nyanyi eh.. Automatically kite akan berselawat... Pahale free ni kekorang... So ape lagi... Moh le kite berselawat yeop n yong... :)

Monday, July 11

"Nanti dah tua sembahyangla.. Bukannye I jahat pon.."

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Google!
Tak pelik kalau zaman sekarang ramai lagi orang yang tak kesah pasal solat.. Dunia akhir zamankan.. Memang ceni.. Kalau ade yang tegur pon.. ni la antara jawapan hamba-hamba Allah yang penah singgah kt telinga sy..

1- "Pasal solat tak boley pakse.. Terpulang kat individu la.. "
2- "Nanti dah tua sembahyangla.. Bukannye I jahat pon.."
3- "Eh..at least kalau I ganti puase I solat.. Okla jugak daripada tak solat langsung"
4- "Tak tau sangat nak solat..Dulu mase keje opis lame tak siyes sangat nak solat.. Asyik tertinggal.. "

Wahhh.. takku sangka itu jawapan yang terbit dari sanubari kekorang... Honestly orang yang solat pon takut solat diorang diterima Allah atau pon tak.. Masakan pulak orang yang tak solat.. Ya Allah.. Moga solatku diterima Allah dan dapat mencegah dari melakukan perkara mungkar..~~

Friday, July 8

~All praise is due to Allah~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Today is not a fairy tale.. Today is a reality.. To face different matters day by day.. To confront different faces everyday.. To find the best solution for customers.. To find the available seat for them.. Only try the best to help them to get the special fare..Wauu.. Simple kot kan.. Tp maen otak maa.. A lit bit stress once booking have been cancelled by airlines.. Owh it will be complicated but its nice!! Tak mengape.. Sheronok! :)

G0ogle- Wah.. Sheronok!!
So far di hari Jumaat yg mulia ni, rutin sume staff bace Yassin berjemaah pagi tadi berjalan lancar, meeting sejam dua jam lepas tu pon ok, alhamdulillah.. Tapi td sempat kena tegur dengan bos besaq.. sebab khusyu' drawing smpai tak take note ape beliau cakap..<-- itu kate2 bos.. Tp realitynya.. telinga ni terpasang n catat je minit mesyuarat..hehe..

Monday, February 14

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
 

Sempena Maulud Nabi Muhammad SAW pada esok hari, sy nak share mengenai khutbah terakhir daripada Nabi Allah, Muhammad SAW yang sy bace kat iluvislam.com. Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.. Bacalah.. Moga kita sama-sama mendapat manfaatnya, insyaAllah.. Aameen ya Allah..

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Sunday, January 30

ke'alone'an

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

"Manusia merancang, dan Allah juga merancang..dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan."

Sy tidak merancang untuk menerbitkan sebarang entri dalam masa terdekat ini, tetapi peluang itu datang tanpa diundang..Hikmahnya amat manis kerana sy dapat meluahkan rasa masam, manis, pahit, kelat, tawar mengenai perasaan sy tika ini.. Tapi.. tapi..

Sukar dimengerti perasaan ini. Sy gagal mengkategorikannya. Fikiran menerawang..Drawing block sy dilakarkan dengan seribu lakaran..Ke kiri dan ke kanan..Tapi hati kosong. Melukis kali ini tiada feeling walaupun sy seakan-akan tekun dan pulun menyiapkannya. Hati kosong..zero..empty.. keRISAUan mungkin.. Segala urat di kepala juga mungkin bersimpul-simpul angkara keligatan otak sy berfikir. Owh itu joke semata..

Friday, January 7

Doa yang tidak diperkenankan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. 

Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51) 

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah:172) 

Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. 

Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”  -Muslim
Doa itu senjata Muslim
Huraian:
1. Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara semberono (tidak berhati-hati) dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab-adab dan syarat-syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang yang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah SWT.

2. Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk dari ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insyaAllah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah. 

3. Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut .." (al-A'raf : 55) 

4. Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:”Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa." (at-Tabrani).

Sumber: JAKIM