Tuesday, November 22

"Setiap orang kalau mahu jadi isteri, mahu jadi isteri yang baik.."

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

"Setiap orang kalau mahu jadi isteri, mahu jadi isteri yang baik.."

Pernah dengar kata-kata tu? Itu kata-kata yang aku suka. Selalu sangat dengar dalam tv. Dah hafal dan dah set dalam hati. Tapi nak jadi isteri yang baik bukan semudah mengunyah kacang. Semuanya berpaksikan kepada cinta Allah yang Maha Satu. Bila mana hati kita bulat dan tekad menyintai Dia lebih dari segala yang ada, matlamat dan impian itu akan mudah digapai dengan pertolongan-Nya. Tapi, cinta kepada Allah bukan sekadar kata nama yang hanya kita cakap dan diamkan dalam fikiran sebaliknya adalah satu kata kerja yang kita perlu gerakkan dengan amalan.

Courtesy: Google

Wednesday, November 2

Penghijrahan status

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari ini ada kesempatan masa nak berkongsi sesuatu. Title di atas tidak tahu sama ada it's sound good or vice versa. Mulai hari ini, gaya penulisan akan berubah skema, ejaan akan full, segala titik noktah, koma dan seangkatannya akan digunakan secara berhemah mungkin. Penulisan sebelum ini mungkin terlebih santai dan banyak menggunakan short form. Itu tidak bagus untuk kesihatan bahasa. So, aku akan cuba memperbaikinya. Maybe it's called penghijrahan~

* Aku adalah ganti diri pertama buat masa sekarang dan tidak lagi sy seperti sebelum ini.

Sepanjang menjalani tempoh pantang di rumah, aku sedang berupaya menghabiskan pembacaan buku tulisan Abu Ahmad Fatanah, berjudul 40 Sifat Yang Dicintai Allah. Secara jujurnya, aku terkesan bab 39 iaitu 'Hati Sebagai Raja'. So, entri ini akan berkisar mengenai hati.

Courtesy: Google