Friday, May 14

Enam pesanan khusus untuk wanita

Assalamualaikum wbt.
Bismillahhirrahmanirrahim.

Pesanan ini aku ambil 5 tahun yang lepas dari muzakarah di laman sesawang yang aku sendiri telah lupa. Maaf kerana gagal mengingati kerana level ingat-mengingat aku tak tetap. Long term and short term. Pesanan ini adalah pesanan dari ulama muktabar khusus kepada kaum Hawa dan semoga kita mendapat faedahnya, insyaAllah.

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, duduklah atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi SAW. Wujudkan masa pembacaan hadis bersama keluarga di rumah agar anak-anak dapat menghayati Islam dengan baik.

Sembahyang dan asal-usulnya

Assalamulaikum wbt. 
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, secangkir kesyukuran aku tadahkan buat tuan punya alam, Allah S.W.T yang masih mengizinkan aku untuk melihat dunia. Moga usia ini dipanjangkan dan dapat digunakan untuk kebaikan,aameen.

Mungkin ada antara kita yang tahu mengenai asal- usul sembahyang dan mungkin juga sebaliknya. Aku baru refresh pembacaan artikel-artikel yang dah lama aku simpan dalam folder "for myself to access". Amatlah bagus sekiranya ilmu itu tersebar dan dikongsikan dengan yang lain. Tidak rugi sedikit pun malahan mungkin ianya dapat memberi pengajaran kepada diri aku sendiri. Sama-samalah kita membacanya:

Wednesday, May 12

Mabuk dalam cinta terhadap Allah

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.

 
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
 
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
 
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.