Monday, November 22

Owh kami ade talent jadi bomoh!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Jam menunjukkan pukul 4.35 petang.. Suasana di rumah sy sedikit suram. Sy tercari-cari mana perginya roomates sy. Rupa-rupanya mereka tertidur bahana keletihan buat preparation. Esok final exam akan bermula and salah satu colannya eh calonnya adalah Cik Fifi sendiri. Otak amat penat. Bukan penat sebab menyumbat segala jawapan untuk soklan esok tapi penat sebab macam tade pape dalam kepala. Bukan tak studi, tapi terlebeh studi mungkin. Huh~ JUST KIDDING!

can i focus like this cat?
Mase nak ekzem, student Arabic n Comm semuanya ade talent jadi bomoh. Itu bukan palsu. Itulah realitinya. Mulut kteorang tak henti-henti kumat-kamit. Bukan baca jampi serapah pun, tapi menghafal segala formula untuk ditembak pada kertas soalan. Tahun akhir ni memang perit. Sangat tidak enjoy. Sangat kurang tidur. Sangat kurang makan. Jangan ditanya kenapa berat badan kteorang susut. Sebab fikiran kteorang memang kusut. 

when i'm so blur...
Hakikat belajar bukan mudah dan bukan juga payah.. Depend on individual. Sy kasi contoh paling mudah. Awak pernah dengar pasal belajar untuk exam? or belajar kerana Allah? Taukan maksudnya? Senang taip, kalau kita belajar Lillahi Taala, semuanya mudah. No need nak rungsing-rungsing @ kecoh-kecoh ini tak cukup itu tak cukup. Tapi belajar untuk exam memang selalu buat kita gelabah. Sy pun termasuk sekali golongan ini. Memang kita niat Lillah, tapi bila dah belajar-belajar..niat pun kadang-kadang tak upgrade. Senang cakap lebih fikirkan untuk exam. Thats y bila nak exam, semua kalut. Kalut godek-godek nota, copy nota kawan n so on. Sy tak tujukan kepada sesiapa and anggaplah itu sy. :)

btolkan balik niat :)



Emm,, esok bukan paper kegemaran sy. Sy sudah cuba untuk menjatuhkan cinta sy pada subjek Dialek and Fonetik sejak pandangan pertama. Tapi tetap gagal. Tiade feel. Sesungguhnya sy sedang berusaha dan mencuba. Akhirnya sy dah terjatuh cinta hari ini..Hah..bahagia hidup.. :D

Notakaki: Tajuk entri mmg tade kene mengena..

WISH ME LUCK OK..
Wassalam ..(^^,)

Sunday, November 21

Untuk bloggers.. :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Menemui kawan-kawan yang sy rindui.. sy takde modal untuk post entri yang best2.. Sy akan mula menghadirkan diri ke stadium Nilai bermula 23 November ini. Sy sedang berusaha menyumbat fakta, formula dan segala nota dalam kepala sy.. Maybe sy akan sedikit gila sebab sy akan buat pecutan last minute macam biase,, so doakan sy bertarung nyawa dengan kertas periksa ok?
sy tanak exam...tp nape exam still nk sy?- Google

Sunday, November 14

12 barisan manusia menuju ke akhirat..

Bismillahhirrahmnairrahim..
Assalamualaikum wbt..

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku (yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"Mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Saturday, November 13

Ada orang cakap kat sy...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Ada orang cakap kat sy, "U buat selamba je apa orang lain cakap. Mereka tidak tahu hakikat sebenar. Mereka hanya melihat dan mendengar tetapi tidak merasa."
Ada orang cakap kat sy, "U boleh stay cool je bila U kena buat macam tu.. Apakah kesnya?"
Ada orang cakap kat sy, "U nangis beria-ria buat apa? Bukan orang tau pun? "
Ada orang cakap kat sy, "Eh, kes hari tu dah setel? Apa U buat? Balas balik tak?"
Ada orang cakap kat sy, "U boleh tak jangan jadi kayu? Buat-buat pejam mata.. Huh!"


Ehem..sila abaikan cakap-cakap orang di atas.. Sy cuma meletakkan untuk mencantikkan ruang yang ada.. Hidup tidak selalunya indah,, langit tak selalu cerah.. Perkara-perkara sedemikian itu biasa. Tak kisalah awk dicop kayu ke, besi ke, batu ke atau ape sekalipun..IGNORE je..

Hidup kalau takde pendirian memang mati. Maksud sy, kita mudah kena lenyek bila kita lemah. Sy belajar dari pengalaman.. Awk jangan terlalu rasa innocent, jangan asyik suka membantah,. jangan asyik suka menindas, jadilah yang sedang-sedang.. Kawan lebih umur sy pernah berpesan,, janganlah jadi seperti lalang.. 

lalang itu cantik..(En.Gugell)

cantik itu lalang (En. Gugell)
Footnote: Jadi diri sendiri itu afdhol.. Biar orang berkata. Mereka akan senyap bila penat.
Wassalam.. (^^,)

Bace dulu baru boleh faham..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Sy baru meng'like' and meng'share' note ni di FB..Jom pakat bace.. 
Sumber..En.Guugel
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:  "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.  Sebagai orang beragama Islam  kita wajib menghormati azan.  Banyak fadhilatnya. Jika lagu  kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan  kita tidak boleh mendiamkan diri?  Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,  Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 

Friday, November 12

Hati sy bahagia..Alhamdulillah..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Di petang yang indah ni..kepala sy sedikit tingtong..sebabbbb.. terlajak minum nescafe..Sedikit regret sebab sy terpakse minum..Bukan secara rela..Selepas dinasihati..I say NO to nescafe..Sebab sy tak serasi.. :(

Awak.. pernah tak awak rasa bahagia bila tengok orang yang awak sayang and kasih bahagia? Hari nikan sy catat dalam diari pink sy.. Sesungguhnya sy bersyukur bila orang-orang yang sy kasihi bahagia..Hati sy sangat tenang dan lapang.. Alhamdulillah..moga Allah kekalkan rasa ni sehingga akhir hayat sy..Aameen..

curik pic klas sy...

Biar takde ruper asal hati baik..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Sy tertarik dengan page FB seperti tajuk entri yang tertera di atas. Bukan niat sy nak bicara panjang lebar tapi cukuplah sekadar memunculkan perasaan ingin berfikir dalam kalangan kita.
cOURTESY BY mR.gOOGLE

Tuan-tuan dan puan-puan.. this entri amat santai dan sy menaip pun dengan lemah gemalai lagi sopan santun. Isu ni amat biasa tapi kadang-kadang ia menjadi extraordinary bila kita sengaja mengkomplekskan diri kita memilih pasangan hidup yang amat sempurna.. Aishh.. Ni first time sy melangkah ke entri sedikit jiwang dan berkaitan jodoh untuk blog ni. Moga ia masih di landasan yang betul..aameen..

Thursday, November 11

Hatiku.. hatiku.. hatimu..hatimu jua...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Ni entri ketiga for this day.. How lucky I am? Sy tak rajin untuk post macam-macam.. That's true. Tapi ini strepsils sy yg sedang sakit tekak and dah mule ade symptom-sympton nak demam.. Hmm.. sy menaip dan mengepos entri bukan untuk suka-suka tetapi untuk membaik pulih keadaan diri..Diri kurang sihat dan takde bengkel yang sudi nak repair..So sy menempekkan diri sy kat sini untuk membebel seorang diri..

Eh awk, sy dapat satu ilmu baru dan sy nak share kat sini...This is about hati..
Awk..hati kita warna ape ye? Putih? Biru laut? Ungu? Hijau pucuk pisang @ warna hitam?
Sy tak tau sebenarnya..tapi sy suke hati warna rainbow,, Cantik SubhanAllah.. macam aiskrim mat kool kan? Tapi nak dapatkan hati yang cantik bukan senang.. Awk perlu baju kalis peluru and water resistant. Untuk... elak hati awak dari panahan syaitan.. dari tergoda dengan bisikan mereka..dari terjebak dengan hasutan durjana mereka.. Kalau iman kita kuat, insyaALLAH kita mampu dapatkan hati yang cantik. Tak kisahlah syaitan-syaitan yang bertenggek dan beratur nak goda kita tu datang dari oversea atau dah belajar tinggi taraf Phd. Who cares kan? Tapi.. berapa ramai je antara kita kalis godaan? 

Awk, sy syg awk..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Awk, awk chat tak?
Dah lama sy tak tanya khabar awk, kn?
Awk tak ok kn? kn?
Kenapa muka awk sedih?
Kenapa awk muram je?
Sy tau.. awk rase lemah sebab awk tgh facing problem yg awk rase awk tak mampu kn?
Awk, awk perlu kuat.. Itu semua cubaan dan ujian yang Allah kasi kat awk..
Awk perlu rase beruntung sebab Allah sayang awk.. Dia kasi musibah ke ujian ke sebab Dia nak tengok sabar awak level berapa? kasih sayang awak pada Dia sebesar mana? Rasa syukur awak ke atas Dia banyak mana?

Ambillah mana yang elok..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Berbekalkan kepala yg berdenyut2, I gagahkan utk masuk rumah ni..
Yes, I lupe password.. Bagus! Itu hasilnya selepas I menduakan this blog n that blog.

Motip berblog..hati berkata-kata and menyeru2 utk meluahkan..
I nak final.. bukan final jam, tapi final exam..
Bukus-bukus and notes-notes xsempat jadi kawan baik I lagi setakat hari ni.
Hati I menangis,,,,kes ape? Rahsie... I sebok memikir n cube buang segala formula utk membahagiakan diri sendiri.. Ish..gagal..
sygi perhubungan kerana ALLAH
Lets say, U kenal n mula berkawan..rapat-rapat..n then jd baik.. In the same time,, u bajet bersangka baik je ng hamba Allah tu..
Alih-alih U dpt rase ade rase kurang enak dalam hati U.. berkaitan hamba Allah itu..Ape U buat? Melenting? Marah-marah? Tuduh-tuduh? What the kinda of answer, huh?

Owh malas I berkias-kias. I bukan larat pun nk memikir,, Banyak benda lg nk pikir.. I tau U bukan klear pun kn ape yg I sampaikan.. But better mcm 2 i think.. Kalau lec Comm I tau I kasi mesej xsmpai mesti I kene tibai,, sebab I'm failed to apply ape yg die ajo.. mesej xsmpai sebab ade noise.. ok abaikan.. Ni ade tips yang I kasi utk face perkara sebegini..

U, U kene tanye dulu,, tanak tuduh2.. e2 xbaik..
U, U kene makesure U tnye org yg tepat, tanak slh lg.. Pisang boleh berbuah more than 2 times kot?
U, kalau U masih xpuas hati.. U kena senyap.. U muhasabah balik diri U.. U must, U should, U need..ok?
U, U kene fikir dgn tenang.. kasi buang rase sedih, rase sakit hati, rase yang xenak, rase yg xsedap.. U nak senang, U ngaji n bace tafsir.. Faham ayat-ayat Allah boleh timbulkan rase bahagia dalam diri U, Sumpah, I xtipu!

Sunday, November 7

Cintan cintun..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:
i love pink!!
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

Friday, November 5

Sebab mata lelaki gemar lihat badan wanita..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Wednesday, November 3

m a=ma, a f=af =maaf

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Sy nak buat entri khas hari ni.. Simple tp meaningful bagi sy..
M.A.A.F buat sesiapa yang mengenali diri ini..

m a= ma, a f= af = maaf
Formula untuk subjek akan datang.. Tak payah hafal sebab lec akan taruk dalam soklan..

Hati sy tidak enak..merasa terganggu.. merasa sebak.. sedikit sedih,,dilaporkan hujan.. dan banjir..Ehem..