"Ya Allah, ampunilah segala kesalahanku dan kejahilanku dan keterlaluanku di dalam urusanku, dan terhadap apapun jenis kesalahanku yang Engkau lebih mengetahui daripada aku".
Sy belek nota statistics 10 minit yang lepas. Belum ada niat untuk study sebab schedule harian sy amat padat and ketat. Hanya bukak-bukak, tenung-tenung dan renung-renung apa yang ada di nota. Musykilah kabirah sebab nota sy diconteng-conteng tanpa belas kasihan. Setiap description about inferential statistics ditokok tambah dengan terperinci. Tulisan yang ada di situ amat bengkang bengkok macam ular kena palu. Tapi alhamdulillah masih boleh dibaca sebab tulisan itu cantik sikit dari cakar ayam. Sy berkata sendirian," Rajin jugak orang ni catat apa yang lecture terang. Nampak sangat pay attention.."
Eh, tiba-tiba pen yang ada atas meja jatuh guling-guling ke arah sy. Owh mesti ceiling fan yang tiup pen tu..So, lamunan sy terhenti..Akal kembali waras dan sy tutup balik nota inferential statistics tu. Tanpa disengajakan mata ni terpandang belakang nota. "Haa..ni hasil yang sy buat masa tunggu lecture masuk.."
Alhamdulillah, sy sempatkan diri nak berblog dinihari. Line amat semput dan betul-betul menguji kesabaran. Nak jaulah and up traffic kat blog kengkawan pon main lepas tak lepas je. Hmm,,tapi takpe, nanti line dah lebat boley teruskan misi tu insyaAllah.. =D
Today is 31st August, so Eidul Istiqlal. Salam Kemerdekaan buat semua kawan-kawan. Moga kita dapat merdekakan diri kita dengan sifar sifat mazmumah. Sama-samalah kita berusaha. Better try than nothing, right? =)
Tonight kepala sy tepu lepas abiskan masa dengan pembacaan untuk tesis Komunikasi. Ide pulak amatlah segan and pura-pura malu nak muncul toink-toink sebabnya sy banyak push waktu tulis surat cinta kat mummy sy td. Eh, awk..sy nak buat sesi luahan rasa sekarang. Boleh tak? Emm..sebenarnya kan? kan? kan? Sy dah lama pendam and peram perasaan ni. Orang lain tak tau pun, tapikan sy nak kecoh kat awk.. Here it goes..taraaa..
Di petang yang sepi ini, sy membelek-belek lagi folder "Tazkirah" dalam MSI. Sengaja mengisi masa dan kat sini nak share hasil dari pembacaan sy.
Ada tiga yang akan ikut mayat:
Keluarganya
Hartanya
Amalnya
Ada dua yang akan kembali dan satu akan tinggal iaitu bersamanya hanya amalnya manakala keluarganya dan hartanya akan kembali. Ketika roh meninggalkan jasad, terdengarlah suara dari langit memekik,"Wahai polan anak si polan..
Apakah kau yang telah meninggalkan dunia atau dunia yang meninggalkanmu?
Apakah kau yang telah menumpuk harta kekayaan atau kekayaan yang telah menumpukmu?
Apakah kau yang telah menumpuk dunia atau dunia yang telah menumpukmu?
Apakah kau yang telah mengubur dunia atau dunia yang telah menguburmu?"
Ketika mayat diletakkan untuk dimandikan, terdengar dari langit suara memekik.."Wahai polan anak si polan,..
Mana badanmu yang dahulunya kuat, kini terkulai lemah?
Mana lisanmu yang dahulunya fasih, kini bungkam tak bersuara?
Mana telingamu yang dahulunya mendengar, kini tuli dari seribu bahasa?
Mengapa sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia, kini tidak bersuara?"
Ketika mayat siap dikafan, suara dari langit terdengar memekik, "Wahai polan anak si polan,
berbahagialah apabila kau bersahabat dengan redha
celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah."
Wahai polan anak si polan, kini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan, nun jauh tanpa bekal. Kau telah keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali selamanya. Kini kau tengah safar pada sebuah tujuan yang penuh pertanyaan."
Ketika mayat siap disolatkan, terdengar dari langit suara memekik, "Wahai polan anak si polan,..
berbahagialah apabila amalmu adalah kebajikan
berbahagialah apabila matimu diawali dengan taubat
berbahagialah apabila hidupmu penuh dengan taat."
Ketika mayat siap disolatkan, terdengar suara dari langit memekik, "Wahai polan anak si polan, setiap pekerjaan yang kau lakukan kelak kau lihat hasilnya di akhirat. Apabila baik maka kau akan melihatnya baik. Apabila buruk kau akan melihatnya buruk."
Ketika mayat dibaringkan di liang lahad, terdengar suara memekik dari langit, Wahai polan anak si polan, apa yang telah kau siapkan dari rumahmu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gelita di sini?"
Wahai polan anak si polan, dahulu kau tertawa kini dalam perutku kau menangis. Dahulu kau bergembira, kini dalam perutku kau berduka. Dahulu kau bertutur kata, kini dalam perutku kau bungkam seribu bahasa."
Ketika semua manusia meninggalkanya sendirian, Allah berkata, " Wahai hamba-Ku, kini kau tinggal seorang diri. Tiada teman dan tiada kerabat di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap. Mereka pergi meninggalkanmu seorang diri. Padahal, kerana meraka kau pernah melanggar perintah-Ku. Hari ini, akan Kutunjukkan kepadamu kasih sayang-Ku yang akan takjub seisi alam. Aku akan menyayangimu lebih dari kasih sayang seorang ibu pada anaknya."
Kepada jiwa-jiwa yang tenang Allah berfirman, "Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam Jannah-Ku."