Tuesday, December 11

Untuk adik perempuan kesayanganku..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Salam cuti Selangor.

Khusus untuk adik perempuan kesayangan aku,
Di saat kau diuji, bertabahlah..
Aku sebagai kakak, mungkin tak sekuat kau..
Kau beruntung, DIA cipta liku, ranjau dan ujian untuk kau tempuh..
Kau insan terpilih.. Aku cemburu..

Buat adik perempuan kesayanganku..
Kau mungkin tidak tahu,
Aku mencoret sesuatu di sini khusus buatmu..
Aku turut berduka di saat kau berduka..
Kakakmu ini punya kuasa kasih yang tinggi..
Tidak betah dia membiarkan adiknya bersedih..
Akan dicuba sedaya upaya untuk membantu,
meringankan beban yang kau tanggung..


Untuk adik perempuan kesayangangku..
Kau mungkin nampak canggung menahan tangis..
Lepaskanlah... itu penawarnya..
Bangunlah dari kesembapan mata... 
Bangkitlah dari bermuram durja..
Hidup perlu semangat.. 
Semangat jangan dibiarkan ia mati..
Sedarlah dengan hakikat..
Pandu diri ke alam realiti..

Khusus untuk kau yang bergelar adikku,
Doaku takkan pernah putus..
Selagi nyawa ini masih ada..
Akan aku cuba melaksana..
sesuatu yang teristimewa..
Agar dirimu bahagia...

Ya Allah.. Terima kasih atas ujian yang Kau beri padanya... Kau lebih berhak mengatur dan merencana sesuatu buat hambaMu.. Sesungguhnya kau Maha Perancang Terbaik.. Terima Kasih ya Rabb..

Firman Allah yang bermaksud:
" Boleh terjadi perkara yang kamu benci, padahal ia amat baik bagi kamu. Boleh terjadi perkara yang kamu cinta, padahal ia amat buruk bagi kamu. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui, Sedangkan kamu tidak mengetahui.."
-Surah al-Baqarah, ayat 216-

Salam kasih buat satu-satunya adik perempuan kesayanganku...

Monolog hati


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. tinggal lagi beberapa hari untuk menghabiskan saki baki interaksi kali ini. Interaksi kali ni paling lama berbanding interaksi-interaksi yang lepas. Mood nak balik rumah pun macam  terlebih happy. Dah lama rasanya kat bumi Bangi. Feeling pun bercampur baur. Macam-macam aku rasa kat sini. Stress plus penat plus tak cukup tidur plus tak cukup makan plus terlebih kunyah maggi plus happy plus sayang plus teruja plus semangat plus rindu dan plus segala-galanya.

Memandangkan hari ni satu Selangor cuti, aku pon plus tidur. Rasanya satu maktab tengah habiskan sehari ni dengan santai. Aku pun exception. Esaimen aku ada lagi tak siap. Tapi honestly aku takde 'rasa' nak buat. Lately, aku dah pandai berjinak-jinak dengan sikap 'malas'. Mungkin sebab hati dah ada kat Ipoh. Bila fikir balik, hidup tak semestinya kasi peluang untuk kita sentiasa jadi rajin. Rasa bermalas-malasan itu perlu juga kot. Tapi haruslah ada correlation dengan keadaan. Aku dah merasai. Contoh paling mudah tahap aku sebagai pelajar yang sedang merangkak ni mestilah pasal assignment



Contoh:
 Aku terlalu excited nak siapkan assignment sampai cipta lebam bawah mata sebab tak cukup tidur, hilang berat badan ideal sebab kurang makan, kurang kasih sayang and etc. Disebabkan aku terlebih rajin dan terlalu pulun, aku siap assignment awal. Rasa dalam diri (sangat happy dan sedikit power dan secebis rasa bangga). Astaghfirullah. Hakikat mengatakan kawan-kawan aku yang lain masih sempat main nyorok-nyorok, siap sempat makan nasik arab dan masih belum siap assignment. Aku cuak. Aku terlebih rajinkah atau mereka terlebih santai?

Masuk ke kelas menghadapi pensyarah, assignment yang ditugaskan tidak perlu dihantar. Aku cuak jugak. Tempoh submit dipanjangkan. Oh really?? Syahdunya hati aku. Aku tak kisah assignment aku dah siap. Sedikit kesian sebab kawan-kawan tak siap. Tapi...........
aku mula terfikir, aku mungkin skema sebab terlalu rajin. 
Mungkinkah aku perlu bermalas-malasan jugak dalam membuat assignment

So poor sebab kadang-kadang aku bermonolog negatif.
______________________________________________________

Terima kasih kepada penguat semangat..

Sunday, November 18

kapas-kapas rindu

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, aku dah kembali ke maktab.. 
Mood... Sedikit lost.. Rase makin jauh... Makin rindu..
Petang-petang ni aku rase nampak kapas-kapas rindu jatuh depan tingkap..
Nak ambil tak dapat, nak tadah dah terlepas... 
Rasa ati dah berbunga-bunga ros
Alhamdulillah, Allah anugerahkan rasa yang macam ni..


Mood lepas 2 minit menaip entri ni masih sama..Rindu lagi..
Aku tak betah dengan perasaan ni..
indah merasai sebab itu hak insani..
Selagi deria rasa berfungsi, selagi itu aku hepi..
Hepi dengan rindu yang melatari..

-Orait done kata-kata madah pujangga yang aku reka sendiri..
So now...

Alhamdulillah, rindu ni buat aku makin dekat dengan esaimen.. Semangat up 70%.
Thanks kat buah hati sebab selalu buat aku hepi..
Dengan kapas rindu tu lah aku boleh bangun sendiri..
Azam hari ini... tak boleh lemah-lemah lagi.. Jatuh bangun kena sendiri..

**********

Honestly, aku rindu sampai nak menangis.. 
Thanks uncle Rindu.. Aku rindu kat semua yang dekat di hati..

Tapi..sedetik rindu pada DIA, xsama rindu pada manusia..
Rindu pada DIA lebih mulia..Kita baja hati dengan kata-kataNYA,
Kita mohon dengan doa yang semolek-moleknya..
Kita bina pengharapan dengan izinNYA..


Itu manifestasi rindu yang sebenar-benarnya..

Astaghfirullah hal'adzim..