Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt..
Rasulullah SAW bersabda, "Man la Yarham, la Yurham.."-Hadis Riwayat Muslim. Maksudnya, barangsiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.
Courtesy: Mr.Google |
Sahabat, aku terkesan dengan hadis ini kerana acap kali di pendengaran. Ia mudah difahami dan didalami maksudnya. Agama kita amat menggalakkan kita berkasih sayang sesama makhluk Allah. Jika kita ingin diri kita disayangi oleh orang lain, maka sayangilah mereka dahulu. Hidup ini indah bila dilatari dengan ukhwah dan kasih sayang keluarga, sahabat dan saudara seIslam.
Courtesy: Mr.Google |
Masakan kita boleh membayangkan bila mana kita keseorangan, tidak disayangi, dijauhi, dan tiada berteman?? Dari kasih sayang akan membuahkan ukhwah, melahirkan cinta, menghasilkan doa dan memekarkan rahmat Allah.
Courtesy: Mr.Google |
In fact, sesuatu kasih sayang itu akan tumbuh, bercambah dan bersemi hanya dengan izin Allah. Pendek kata, paksikanlah kasih sayang kita ikhlas Lillah. Sehebat mana pun kuasa kita, setinggi mana pangkat kita, segunung mana harta kita dan segah mana nama kita, kasihilah Allah terlebih dahulu. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,
“Tiga perkara siapa yang
ada padanya akan dapat merasai kemanisan iman, iaitu; Pertama, bahawa
Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihi daripada yang selainnya. Kedua,
seseorang itu kasih kepada seseorang dan tiadalah ia kasih kepadanya
melainkan kerana Allah. Ketiga, bahawa ia benci untuk kembali menjadi
kekufuraN sebagaimana ia benci untuk dimasukkan ke dalam api neraka.” [Riwayat Bukhari]
Sekadar berkongsi sesuatu.. Salam alaik ya asdiqo' :)
perkongsian yg berguna...kadang2 kita sendiri pon xsyang diri kita...
ReplyDeletejelah: syukran alaika.. terima kaseh mengingatkan..memang betul, kdg2 kta xsyg diri kita.. :)
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletesaya sangat suka entri...terima kasih atas perkongsian entri ni...moga Allah swt memberi rahmat pada Miss Fiza..
waalaikumussalam wbt...
ReplyDeletesyukran akhi...aameen... sekadar berkongsi.. :)
may Allah bless ur whole life.. (^_^)
Hadis man la yarham Minahasa layarham dua hadis tersebut diriwayatkan oleh
ReplyDelete