Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Kawan-kawanku, pernah tak anda menerima nasihat sebegini, "Jangan nakal-nakal", "tamo noty", "jadi budak baik", "jaga diri baik-baik", " jaga kesihatan", "jangan melawan orang" , "perangai mesti baik", "jangan buat orang marah" dan "jangan mengada-ngada". Pernah tak?
Dari aku kecil sampai dah tua macam ni, nasihat-nasihat itu masih bermain-main di fikiran, masih terngiang-ngiang di telinga, masih tersimpan rapi dalam inbox emailku, masih bertambah-tambah dalam inbox handphoneku dan semakin kerap dilafazkan di gegendang telingaku. Ikhlasnya aku senang dengan nasihat-nasihat begitu. Terima kasih mummy, babah, adik-adik nakalku, nenek, atuk, kawan-kawan dan semua yang rajin mengucapkan kata-kata hikmah itu.
Pernah tak kita terfikir, kenapa mereka begitu mengambil berat mengenai diri kita? Mengapa mereka tidak boring berpesan sedemikian walaupun saban hari? Mengapa mereka sanggup mengorbankan kredit dan membiarkan telinga panas tika bercakap dengan kita di telefon? Apakah mereka tidak percaya pada kita lalu mengulang-ngulang pesanan yang sama?
Jawapannya hanya satu iaitu kerana cinta +sayang! Kawan-kawan, apa jawapan kita apabila dihadiahkan nasihat berguni-guni seperti itu? "Baik...", "ok", "bereh", "no hal" ataupun "hmm..tau la..". Balaslah nasihat-nasihat itu dengan kata-kata manis.
" InsyaAllah", "terima kasih", "ye, saya akan ingat selalu " ataupun "take care too".
Tahukah anda bahawa apabila kita disayangi dan diambil berat, itu tandanya kita seorang yang bertuah. Orang yang bertuah ini perlu sentiasa mengucapkan syukur pada Allah. Sekiranya kita mahu disayangi, sayangilah diri sendiri terlebih dahulu. Cintailah Allah terutamanya. Kasihkan pada keluarga dan sahabat-sahabat kita. Ingatlah, perasaan sayang yang telah tercipta itu mudah bertukar benci sekiranya Allah tidak redha akan segala yang kita lakukan.
Kawan-kawan, cuba kita bayangkan andai Allah mengambil mereka ke sisiNya, tidak akan ada lagi nasihat-nasihat sedemikian. Tiada lagi panggilan telefon, tiada lagi istilah chatting dengan mereka dan tiada lagi itu dan tiada lagi ini. Sanggupkah kita?
Sekadar mengingatkan diri sendiri dan anda semua, jagailah hati insan-insan yang amat sayang dan caring dengan kita. Selagi kita masih bernyawa dan selagi mereka masih ada, sama-samalah kita berbakti kepada mereka. Terimalah mereka seadanya seperti mana mereka menerima kelemahan dan kekurangan kita.
Khulosatul qaul, marilah sayang menyayangi!
p/s: tak salah habiskan kredit untuk orang tersayang, jom hubungi mereka! =)
btul 2 kak...
ReplyDeleteslgi mereka ad,,hargailah mereka...
nnti bila dh x de,,mule la kte ingtkn mereka...
renung2kan lah...
pernah kdng kte rse mnympah dengan teguran yg cm 2 .. sbb kte dah tau .. kononnye kte dh remaja (wktu dlu) dh bole pk sndri .. ye .. tpi ingatan itulah yg mmbuatkan kte trselamat dri melakukan perkre yg tidak baek .. tq my parents ..
ReplyDeletesaye syg parents saye! saye syg sume families saye!
ReplyDeletesaye syg semuenye..
Thanks AllaH!!
btul tuhhh..
ReplyDeletesy pown syg ngan parents n families sy
syg sume
bila parents ad dpn mata kita x thu sjauh mne prasaan antara kita...tp bila berjauhan spt skg bru kita blh nilai..klau blh nk je blari sekuat hati memeluk erat tubuh tua mereka...sesungguhnya...saya sayang sangat2 mak ayah saya....juga family sy yg sntiasa berdoa utk anak perempuan nya ini....
ReplyDeleteperenggan pertama yg meresap jauh ke dalam.
ReplyDeletemmg ibu dan bapa ni tunjang banggunan seorang anak.
tp ada juga anak yg lupa ibu bapa dia
moga kita same2 berusaha untuk jadi anak yang baik..insyaALLAH=)
ReplyDelete