Aku berfikir panjang semalam sehingga lena tanpa kehadiran mimpi. Terleka dan terpana dengan cerita mummyku mengenai seorang ibu telah rebah dan sempat disambut semasa berbaris lalu meninggal dunia di SUK Perak. Babahku yang turut berada di tempat kejadian menceritakan, arwah sedang berbaris untuk mengambil dermasiswa bagi pihak anaknya. Ya Allah, besarnya kuasaMu.Terus terlintas di fikiranku, kasihan keluarga arwah. Mesti anaknya tidak sangka ibunya akan meninggal dunia semasa berbaris untuk mengambil dermasiswa bagi dirinya. Ya Allah, terus meresap dalam diri ini, mungkin hari ini, esok, lusa atau tulat giliran aku pula. Sesungguhnya kita tidak tahu bagaimana cara kita mati nanti. Hanya mendoakan semoga mati kita dalam Islam, iman dan cara yang baik.
***********************************
***********************************
Dahulu sewaktu aku kecil, aku pernah mempersoalkan mati kepada mummyku. Waktu bila dan bagaimana. Ringkas mummyu menjawab, "Entah sedang makan nasi atau bergelak ketawa, dalam tidur atau sedang berjalan pun boleh mati. Semuanya mungkin. " Aku termenung dan berfikir. Sesungguhnya, dulu hati mungkin masih bersih dan suci. Kerap diingatkan untuk mengaji dan menghafaz ayat-ayat al-Quran. Aku masih mencintai zaman kanak-kanakku di mana tika itu aku amat berazam menghafaz Juz Amma. Kini, terlalu berdosanya diri mengenangkan banyak surah-surah yang aku telah lupa. Astaghfirullahalazim. Sesungguhnya diri ini terlalu diselimuti maksiat. Moga masih ada sinar untuk aku merubah hala tuju hidup ini kepada yang lebih baik.
Aku amat mengkagumi para huffaz Al-Quran. Pernah menanam dalam diri untuk menjadi hafizah. Kini aku tak pasti ke mana tanaman itu pergi. Antara layu, mati atau ditiup angin. Hafizah hanya tinggal pada nama. Maybe i'm feel so lucky because my name is Hafizah. Tapi peribadi ini tidak secantik namanya. Hmm..aku perlu berbuat sesuatu. Hidup ini perlu ada matlamat. Jati diri perlu teguh. Iman perlu kukuh. So move on!!
******************************************
Mutakhir ini, persoalan mati sering bermain dalam fikiran. Dua tiga hari ini sering terfikir akan mati. Semalam dan hari ini terdengar lagu pasal mati. Subuh tadi bergema kata-kata sakaratulmaut di telingaku. Aku berpeluh dan terpana. Sudah sampaikah masaku? Ya Allah, aku masih belum bersedia. Mahu peluang untuk mencuci dosa. Mahu masa untuk mencari pahala. Masih mahu menjadi hamba yang baik. Aku masih tiada sumbangan dan bakti sepanjang aku hidup ini. Ya Allah, beri aku peluang untuk buat itu dan buat ini. Astaghfirullahalazim. Ya Allah, panjangkanlah umurku ini.
******************************************
Mutakhir ini, persoalan mati sering bermain dalam fikiran. Dua tiga hari ini sering terfikir akan mati. Semalam dan hari ini terdengar lagu pasal mati. Subuh tadi bergema kata-kata sakaratulmaut di telingaku. Aku berpeluh dan terpana. Sudah sampaikah masaku? Ya Allah, aku masih belum bersedia. Mahu peluang untuk mencuci dosa. Mahu masa untuk mencari pahala. Masih mahu menjadi hamba yang baik. Aku masih tiada sumbangan dan bakti sepanjang aku hidup ini. Ya Allah, beri aku peluang untuk buat itu dan buat ini. Astaghfirullahalazim. Ya Allah, panjangkanlah umurku ini.
Dahulu sewaktu aku kecil, akibat aku terlalu memikirkan mati, aku sempat menulis wasiat untuk keluargaku. Aku senaraikan hutang-piutangku. Aku jadi senyap dan sering menangis. Aku fikir mungkin Allah memberi aku klu aku hidup tak panjang. Alhamdulillah, syukur nyawaku masih panjang. Kini, aku semakin tua dan banyak dosa. Cukuplah aku terlalu banyak buat lagha.
Kawan-kawanku, ini sekadar nasihat untuk kita bersama. Sekiranya ada input yang berguna, terimalah. Sekiranya tiada, tidak mengapalah. Aku tidak tahu mengapa aku lebih cenderung mengeluarkan entri sebegini. Yang pasti, mati itu akan datang. Marilah kita sama-sama memikirkannya dan bersedia. Selagi masih ada nyawa dikandung badan, masih sempat untuk kita bertaubat.
Salam sayang...
akak....npe ckap cmtuhh..sdey taw adik bce cite akak tuhh....nt da org xde akak..huhu
ReplyDeletewhtever pun kite sbgai hmbaNYA perlu bersdia dri sgi mntal & fzikal,,,
ReplyDeleteTingktkan amln & amal...