Friday, March 19

Mudahnya mencari bahagia

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.

Melihat orang lain bahagia kadang-kadang akan membuat kita tersenyum tanpa sedar namun, ada juga yang keras hati dan membekukan senyuman itu dalam hati tatkala melihat orang lain gembira dengan kejayaan yang dikecapi. Cemburukah?

Saudara, pernahkah kita terpikir, mengapa Allah mencipta garis senyuman yang manis di wajah tatkala kita gembira? Orang lain pun tahu kita sedang gembira hanya bersimbolkan senyuman dan ketawa yang kita ukir di wajah. Bahagianya hidup pabila hati senang dan gembira. Tapi, sedarkah kita tatkala kita rancak ketawa dan tersenyum panjang berjela sehingga ke telinga serta bergelak suka rupa-rupanya ada insan yang cemburu masam mencuka serta sedih menderita?


Sebenarnya, tak susah nak bahagia dan bukan juga sukar untuk mengecapinya. Sebagai seorang Muslim, kita tahu membezakan dosa dan pahala serta syurga dan neraka. Allah akan mengurniakan hambaNya yang taat dengan kebahagiaan. Sekiranya kita mahukan ganjaranNya, marilah kita sama-sama berusaha memendekkan tidur pada waktu malam dengan bangun bertahajjud sepertiga malam. Marilah kita mengubah jadual harian kita dengan lebih memanjangkan masa untuk beribadah. Marilah kita sama-sama menyingkatkan waktu main kita dengan lebih memanjangkan masa untuk membaca Al-Quran. Tidak rugi sekiranya kita membatalkan niat kita untuk bersembang kosong dan membuat kerja yang tiada faedah dengan lebih meluangkan masa dengan mengkaji buku-buku ilmiah yang penuh ilmu agama.

Saudara, mencari bahagia itu lagi mudah jika kita benar-benar berada dalam landasan yang betul. Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Keluarkan sebanyak mana soalan yang membelenggu diri dan jawablah dengan akal.
Kenapa aku tak boleh bahagia seperti orang lain? Kenapa aku tak boleh tersenyum girang seperti dia? Mengapa mereka ketawa seperti tiada masalah melanda? Bilakah aku akan ketawa seperti mereka? Mungkinkah aku akan menjadi segembira mereka?

Google
Persoalan itu akan dapat dijawab oleh kita sendiri kerana segala tindakan bermula daripada kita dan bukan orang lain yang akan menjawab untuk kita. A step you go, you cannot turn back. Saudara, mungkin kita rasa kita akan mudah untuk membuat pusingan U sekiranya kita tersalah masuk lorong, namun sedarkah kita tak semua pusingan U yang kita buat akan menemui jalan yang betul. Bukan bicara takut akan risiko di sini, tapi sekadar mengingatkan diri , sekali berfikir biarlah berfikir semasak-masaknya agar keputusan yang diambil tidak membuat kita menyesal suatu hari nanti. Sama-samalah kita mengingati bahawa kunci bahagia itu sebenarnya terletak pada sebijak mana kita berfikir.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

Akhir kalam, berbahagialah kita di dunia dan di akhirat berdasarkan sejauh mana ketaatan kita kepada Al-Khaliq.

Salam sayang.
Life is

3 comments:

  1. btul 2 .. segala tindakan kita akan meenentukan segalanya .. kita boleh mendapat kebahagiaan .. bertindaklah apa yg kamu mahukan ..

    ReplyDelete
  2. salamalaik ya uhkti...
    betul tu,,kebahagiaan itu sebenarnya hadiah dari ILAHI

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam wbt..
    thanks anam n akak.
    mmg betul, tindakan kitalah yang merencanakan kebahagiaan..namun ukuran sejauh mana ketaatan kita kepada Allah yang membenarkan kebahagiaan itu lahir..

    ReplyDelete

yang kisah