Tuesday, December 11

Untuk adik perempuan kesayanganku..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Salam cuti Selangor.

Khusus untuk adik perempuan kesayangan aku,
Di saat kau diuji, bertabahlah..
Aku sebagai kakak, mungkin tak sekuat kau..
Kau beruntung, DIA cipta liku, ranjau dan ujian untuk kau tempuh..
Kau insan terpilih.. Aku cemburu..

Buat adik perempuan kesayanganku..
Kau mungkin tidak tahu,
Aku mencoret sesuatu di sini khusus buatmu..
Aku turut berduka di saat kau berduka..
Kakakmu ini punya kuasa kasih yang tinggi..
Tidak betah dia membiarkan adiknya bersedih..
Akan dicuba sedaya upaya untuk membantu,
meringankan beban yang kau tanggung..


Untuk adik perempuan kesayangangku..
Kau mungkin nampak canggung menahan tangis..
Lepaskanlah... itu penawarnya..
Bangunlah dari kesembapan mata... 
Bangkitlah dari bermuram durja..
Hidup perlu semangat.. 
Semangat jangan dibiarkan ia mati..
Sedarlah dengan hakikat..
Pandu diri ke alam realiti..

Khusus untuk kau yang bergelar adikku,
Doaku takkan pernah putus..
Selagi nyawa ini masih ada..
Akan aku cuba melaksana..
sesuatu yang teristimewa..
Agar dirimu bahagia...

Ya Allah.. Terima kasih atas ujian yang Kau beri padanya... Kau lebih berhak mengatur dan merencana sesuatu buat hambaMu.. Sesungguhnya kau Maha Perancang Terbaik.. Terima Kasih ya Rabb..

Firman Allah yang bermaksud:
" Boleh terjadi perkara yang kamu benci, padahal ia amat baik bagi kamu. Boleh terjadi perkara yang kamu cinta, padahal ia amat buruk bagi kamu. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui, Sedangkan kamu tidak mengetahui.."
-Surah al-Baqarah, ayat 216-

Salam kasih buat satu-satunya adik perempuan kesayanganku...

2 comments:

  1. MasyaAllah indah sungguh. Alangkah bersyukurnya jika seumur hidup ini, kami adik beradik sentiasa dekat :) dan alhamdulillah, hubungan kami adik beradik sangat rapat, berkat kasih syg ayahanda dan bonda.

    ReplyDelete

yang kisah