Tuesday, December 11

Untuk adik perempuan kesayanganku..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Salam cuti Selangor.

Khusus untuk adik perempuan kesayangan aku,
Di saat kau diuji, bertabahlah..
Aku sebagai kakak, mungkin tak sekuat kau..
Kau beruntung, DIA cipta liku, ranjau dan ujian untuk kau tempuh..
Kau insan terpilih.. Aku cemburu..

Buat adik perempuan kesayanganku..
Kau mungkin tidak tahu,
Aku mencoret sesuatu di sini khusus buatmu..
Aku turut berduka di saat kau berduka..
Kakakmu ini punya kuasa kasih yang tinggi..
Tidak betah dia membiarkan adiknya bersedih..
Akan dicuba sedaya upaya untuk membantu,
meringankan beban yang kau tanggung..


Untuk adik perempuan kesayangangku..
Kau mungkin nampak canggung menahan tangis..
Lepaskanlah... itu penawarnya..
Bangunlah dari kesembapan mata... 
Bangkitlah dari bermuram durja..
Hidup perlu semangat.. 
Semangat jangan dibiarkan ia mati..
Sedarlah dengan hakikat..
Pandu diri ke alam realiti..

Khusus untuk kau yang bergelar adikku,
Doaku takkan pernah putus..
Selagi nyawa ini masih ada..
Akan aku cuba melaksana..
sesuatu yang teristimewa..
Agar dirimu bahagia...

Ya Allah.. Terima kasih atas ujian yang Kau beri padanya... Kau lebih berhak mengatur dan merencana sesuatu buat hambaMu.. Sesungguhnya kau Maha Perancang Terbaik.. Terima Kasih ya Rabb..

Firman Allah yang bermaksud:
" Boleh terjadi perkara yang kamu benci, padahal ia amat baik bagi kamu. Boleh terjadi perkara yang kamu cinta, padahal ia amat buruk bagi kamu. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui, Sedangkan kamu tidak mengetahui.."
-Surah al-Baqarah, ayat 216-

Salam kasih buat satu-satunya adik perempuan kesayanganku...

Monolog hati


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. tinggal lagi beberapa hari untuk menghabiskan saki baki interaksi kali ini. Interaksi kali ni paling lama berbanding interaksi-interaksi yang lepas. Mood nak balik rumah pun macam  terlebih happy. Dah lama rasanya kat bumi Bangi. Feeling pun bercampur baur. Macam-macam aku rasa kat sini. Stress plus penat plus tak cukup tidur plus tak cukup makan plus terlebih kunyah maggi plus happy plus sayang plus teruja plus semangat plus rindu dan plus segala-galanya.

Memandangkan hari ni satu Selangor cuti, aku pon plus tidur. Rasanya satu maktab tengah habiskan sehari ni dengan santai. Aku pun exception. Esaimen aku ada lagi tak siap. Tapi honestly aku takde 'rasa' nak buat. Lately, aku dah pandai berjinak-jinak dengan sikap 'malas'. Mungkin sebab hati dah ada kat Ipoh. Bila fikir balik, hidup tak semestinya kasi peluang untuk kita sentiasa jadi rajin. Rasa bermalas-malasan itu perlu juga kot. Tapi haruslah ada correlation dengan keadaan. Aku dah merasai. Contoh paling mudah tahap aku sebagai pelajar yang sedang merangkak ni mestilah pasal assignment



Contoh:
 Aku terlalu excited nak siapkan assignment sampai cipta lebam bawah mata sebab tak cukup tidur, hilang berat badan ideal sebab kurang makan, kurang kasih sayang and etc. Disebabkan aku terlebih rajin dan terlalu pulun, aku siap assignment awal. Rasa dalam diri (sangat happy dan sedikit power dan secebis rasa bangga). Astaghfirullah. Hakikat mengatakan kawan-kawan aku yang lain masih sempat main nyorok-nyorok, siap sempat makan nasik arab dan masih belum siap assignment. Aku cuak. Aku terlebih rajinkah atau mereka terlebih santai?

Masuk ke kelas menghadapi pensyarah, assignment yang ditugaskan tidak perlu dihantar. Aku cuak jugak. Tempoh submit dipanjangkan. Oh really?? Syahdunya hati aku. Aku tak kisah assignment aku dah siap. Sedikit kesian sebab kawan-kawan tak siap. Tapi...........
aku mula terfikir, aku mungkin skema sebab terlalu rajin. 
Mungkinkah aku perlu bermalas-malasan jugak dalam membuat assignment

So poor sebab kadang-kadang aku bermonolog negatif.
______________________________________________________

Terima kasih kepada penguat semangat..

Sunday, November 18

kapas-kapas rindu

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, aku dah kembali ke maktab.. 
Mood... Sedikit lost.. Rase makin jauh... Makin rindu..
Petang-petang ni aku rase nampak kapas-kapas rindu jatuh depan tingkap..
Nak ambil tak dapat, nak tadah dah terlepas... 
Rasa ati dah berbunga-bunga ros
Alhamdulillah, Allah anugerahkan rasa yang macam ni..


Mood lepas 2 minit menaip entri ni masih sama..Rindu lagi..
Aku tak betah dengan perasaan ni..
indah merasai sebab itu hak insani..
Selagi deria rasa berfungsi, selagi itu aku hepi..
Hepi dengan rindu yang melatari..

-Orait done kata-kata madah pujangga yang aku reka sendiri..
So now...

Alhamdulillah, rindu ni buat aku makin dekat dengan esaimen.. Semangat up 70%.
Thanks kat buah hati sebab selalu buat aku hepi..
Dengan kapas rindu tu lah aku boleh bangun sendiri..
Azam hari ini... tak boleh lemah-lemah lagi.. Jatuh bangun kena sendiri..

**********

Honestly, aku rindu sampai nak menangis.. 
Thanks uncle Rindu.. Aku rindu kat semua yang dekat di hati..

Tapi..sedetik rindu pada DIA, xsama rindu pada manusia..
Rindu pada DIA lebih mulia..Kita baja hati dengan kata-kataNYA,
Kita mohon dengan doa yang semolek-moleknya..
Kita bina pengharapan dengan izinNYA..


Itu manifestasi rindu yang sebenar-benarnya..

Astaghfirullah hal'adzim..

Monday, July 30

Ceritera cinta

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

credit to: pic kat pesbuk
Alhamdulillah, seronok dapat kad kawen membe-membe.. Dikira-kira aku dah dapat hampir 10 invitation walimah kawan-kawan.. By the way... tahniah kawan-kawan sekuliah, serumah, sekelas, setadika n yang paling special untuk my BFF... To my lovely cousin yang xlame lagi nak fly ke UK... Selamat berkahwin ye! :(^^,)

Aku doakan kebahagiaan korang baik bahagia di dunia mahupun di akhirat... Selamat berbahagia semuanya... Semoga masjid yang dibina sentiasa dalam keberkatan dan keredhaan-Nya...Aameen.. :)

Orait peeps... Doakan jodoh aku dipermudahkan Allah... Moga dikurniakan seorang suami yang mampu membimbing diri ini ke syurga, aameen..

Salam mahabbah penuh ketulusan....
Assalamualaikum wbt...

Thursday, July 26

Diari Cikgu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

A great thanks to Allah... I feel so much blessed.. I should be grateful with my life for having nice people around.. Thank you Allah for everything~



Hmm... Alhamdulillah hari ni hari yang ke-6 berpuasa. Moga ianya amat bermakna untuk kita terus istiqamah topup pahala dengan ibadah.. Rasenye tak terlambat lagi nak wish kat korang, "Happy Fasting peeps!!" Moga Allah mempermudahkan urusan kita di bulan yang mulia ini.. Aameen..

Orait, aku mulakan post hari ni dengan label yang baru. So here it goes...

"Diari Cikgu!"

7.55 pagi aku dah tercongok depan kelas 6A.. Aku masuk bagi salam, tambah perisa dalam senyuman, langkah dengan sopan, berbekalkan mimik muka yang menyenangkan, niat dah diupgradekan kerana Tuhan Pencipta Alam, dan harapan aku supaya ilmu mudah disampaikan, bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan, supaya ada bekal yang aku boleh banggakan.. See... sejam mengajar rase mcm excited.. extra excitement... Alhamdulillah... Urusan mudah.. Moga ada keberkatan kat situ. :)

Tuesday, May 22

Terima kasih cikgu!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Salam rindu~
This entry should be published last week.. but... tak sempat... tapi aku nak post jugak...

"SELAMAT HARI GURU" buat diri sendiri, bonda, guru-guru, para pensyarah,  rakan-rakan guru dan semua pendidik di dunia...
May Allah bless us all..aameen :)



Saturday, January 14

Aku dan dosa

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Bila mengenangkan hidup aku dirantai dosa...
Fikiran aku lesap entah ke mana...
Mengingati kembali percikan noda..
Yang aku pernah baluti pada segumpal darah..
Yang bernama hati..

Hari ni sangat sayu dan amat pilu..
Hati sedih... dan sangat pedih..
Terlalu banyak merungkai dosa semalam..
Yang tak pernah kelam dan suram.
Dan sentiasa menghantui masa depan..

Memori tak boleh lupus melainkan hilang ingatan..
Kenangan itu penyembuh di kala kau kedukaan..
Jangan biar ia luput walaupun kau ditelan zaman..
Tapi kesalahan tak betah kau nak hapuskan..
Selagi tiada kata maaf yang dilafazkan..

Friday, January 13

The Truth

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. 
That was really one of the nicest days
I've ever had. 
A beautiful Friday, 
with a big heart..

Courtesy by:Google
Yeah, this is indeed a pleasant suprise..
Thank You Allah for showing me the truth..
I'm beginning to understand it..

Thursday, January 12

Kisah geng semut

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Di waktu petang suam-suam kuku macam ni, aku sedikit blur. Mungkin effect ubat. So aku duduk diam-diam sambil tengok lantai. Err.. mane datang angkatan semut ni? Terbaik depa berkawad. Barisan memang lurus. Siap buat dua barisan. Aku tercari-cari yang mana satu ketua komandan.. Ya Rabbi, sebelum ni tengok semut takdak la feeling macam ni.. Tapi kali ni Ya Allah.. Kagum sangat aih (^____^)

Sedari aku, Allah meletakkan pandangan kita pada sesuatu dengan hikmah. Untuk kita mempelajari, berfikir dan lebih dekat dengan-Nya. Tapi kadang-kadang kita ja buat pandangan tu jadi kosong. Pandangan tak bermakna la konon. Emm.. kecualilah untuk benda-benda yang lagha, jangan la tengok ok??

Wednesday, January 11

Edisi Demam

 Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Hari ini otak sedikit cedera. Daya penta'akulan pun kurang baik. Segala deria pun kurang berfungsi. Tenaga pulak dah makin berkurang tah berapa joule. Mood masih ok alhamdulillah.. Yang pasti suhu badan oh awesome! Dah berubah drastically.. Simptom dah makin merebak. Sore throat- flu- breathless sometimes- loss of appetite!

Courtesy by: Google

Wordless Wednesday :: i love drawing

Bimillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Tuesday, January 10

"Ada orang nak datang merisik"

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Bila belek kat draft berlambak kot entri yang tak sempat nak publish. Semua separuh dan sekerat jalan. Memang taklah aku nak sambung balik.. Hohho.. Zaman dah berubah. Sehari melangkah tak sama macam moment yang ada sehari sebelum. So aku delete segala entri yang tak berkaitan.. Emm, dan hari ni aku baru ada aura nak publish entri, InsyaAllah. Semuanya gara-gara "ada orang nak datang merisik".

Courtesy by: Google
Sedang enak main masak-masak tengahari tadi, handset menari lengang lenggok atas fridge. So aku angkat dan jawab sebab dah tau si pemanggil.

Monday, January 2

Aku si penanam strawberi

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, usia dah makin bertambah sejak melangkah tahun baru ni. Moga terus diberi kekuatan oleh Allah untuk aku jadi hamba yang lebih baik pada-Nya.

Tahun 2012 dah menjengah. Tahun 2011 dah menghilang. 2011 banyak memori tersimpan. Suka duka tangis tawa aku biar Dia yang tahu. Kalendar 2012 aku dah gantung gah depan pintu. Simbolik kepekaan aku untuk hidup terus maju. Jujur masa aku menaip entri ini, aku baru teringat aku ada diari 2012. Thanks untuk siapa yang hadiahkan. Lepas ni aku akan gunakan walaupun dah skip untuk 2 hari. Aku janji ok!

I love strawberry~

::- Kembali hidup bertuhan -::

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Once diri jauh dari Allah, semua yang kita buat memang tak kena. Serba serbi bercelaru. How far you push yourself and double tripplekan your efforts, sesuatu itu takkan menjadi jika Dia tidak mengizinkan. Mesti cuakkan?? Tidak dapat tidak, confirm ada yang tak dapat terima hakikat sometime! I'm no exception!

"Emm, aku rasa aku dah buat yang terbaik. Tapi.... macam mana boleh gagal? Ishh peliklah!"
"Apa salah aku ya Allah? Apa dosa aku? Kenapa Kau buat aku macam ni? Oh no!! Huwaaaa.."
"Dah banyak kali aku cuba, tetap tak berjaya.. Ape ade hal.. Arghhh!!!! "
"Siapa yang perdajalkan aku ni? Mesti ada orang dengki.. Sebab tu aku gagalkan!!"
"Aku tak percaya macam ni nasib aku. Sedangkan aku dah bagi yang terbaik.. Why?"

Courtesy by: Google