Tuesday, May 11

Perbualan antara Rasulullah SAW dengan iblis


Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.

Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9 Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah. 

Pembaca-pembaca yang disayangi, mungkin kadang-kadang kita telah menjadi teman syaitan secara kita sedari dan tanpa disedari. Aku sendiri mengakui aku tidak lari dari melengahkan solat dan berkhayal tanpa faedah. Bukan itu sahaja, banyak lagi perkara-perkara yang aku lakukan yang mengundang kemurkaan Allah. Astaghfirullahalazim, diri ini hanya mampu beristighfar dan menyesali dosa-dosa yang sering dilakukan. Moga aku tidak mengulanginya lagi dan moga Allah mengampuniku. Marilah kita sama-sama berubah dan bertaubat kawan-kawan. Kita tidak tahu selama mana hayat kita dan mungkin esok, lusa atau tulat kita pulang menemui Al-Khaliq. Sama-samalah kita saling ingat-mengingati. 

*Kawan yang baik tidak akan membiarkan kawannya yang lain berada dalam kejahilan dan kesesatan. Oleh itu kepada anda yang aku sayangi, tegurlah aku jika aku mulai sombong dan angkuh. Nasihatilah aku jika tindakanku salah, dan ingatkanlah aku akan mati jika aku mulai leka dan alpa.

Salam kasih..

No comments:

Post a Comment

yang kisah