Assalamualaikum wbt.
Bismillahhirrahmanirrahim.
Pesanan ini aku ambil 5 tahun yang lepas dari muzakarah di laman sesawang yang aku sendiri telah lupa. Maaf kerana gagal mengingati kerana level ingat-mengingat aku tak tetap. Long term and short term. Pesanan ini adalah pesanan dari ulama muktabar khusus kepada kaum Hawa dan semoga kita mendapat faedahnya, insyaAllah.
1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, duduklah atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi SAW. Wujudkan masa pembacaan hadis bersama keluarga di rumah agar anak-anak dapat menghayati Islam dengan baik.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.

Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi SAW saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di masjid atau surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.
wassalam.. :)

No comments:
Post a Comment
yang kisah