Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, aku masih berperasaan nak share something di sini. Aku bukan nak membebel cuma nak menyuarakan hasrat di jiwa. Only about kadang-kadang----
Kadang-kadang aku rasa apa yang aku fikir betul, tapi orang cakap "salah apa yang kau fikirkan".
Kadang-kadang apa yang aku buat datangkan faedah, tapi orang cakap "sia-sia kau buat macam ni".
Kadang-kadang cadangan aku bernas jugak, tapi orang cakap "cadangan kau tak boleh pakai. Sumpah".
Kadang-kadang aku rasa tindakan aku confirm betul, tapi orang cakap "baik kau duduk senyap-senyap. Jangan melebih-lebih".
Kadang-kadang hati aku sedih dan dizahirkan dengan air muka yang keruh, tapi orang cakap " berape sangat la muka seposen kau tu. Pergi tido!"
Kadang-kadang hati aku gembira bukan kepalang dan terhegeh-hegeh cari orang, nak share berita gembira la konon, tapi orang cakap, " tak payah bangga sangat".
Kadang-kadang aku menangis sampai bengkak mata lepaskan sedih di hati, tapi orang cakap "cite korea mane yang kau tengok sampai banjir?"
Kadang-kadang bila aku duduk sorang-sorang lepas tension di jiwa, ade pulak orang cakap " baru putus cinta la tu".
Kadang-kadang aku mengharapkan seseorang yang boleh jadi good listener, tapi orang cakap " Sabar je la dan pendam dalam hati. Habis cerita".
Kadang-kadang aku teringin ade orang faham aku, tapi orang cakap " Kau pun tak faham orang, ada hati nak orang faham kau".
Emmm..Try put yourself on my shoes..Apa korang rase ye?
Cuba fill in the blanks ye kawan-kawan.
Ini pilihan jawapan..Sila pilih jangan rebut-rebut.
*Bersyukur *Sedih *Gembira
1-Amat_______ sebab ada orang ambil berat.
2-Rasa _______ sebab diri yang rendah ini semakin direndahkan.
3-Rasa _______ sebab ada orang menegur.
Sebenarnya aku bukan menaip entri ini untuk suka-suka. Secara rasionalnya kita boleh rasa tak yang diri kita ini tak semestinya betul dan kadang-kadang pendapat, luahan, teguran, cacian dan makian orang itu yang betul. Berdasarkan ape yang berlaku dalam hidup aku, amat diakui tanpa malu-malu yang aku ni sebenarnya tak setabah dan sekuat mana. Kadang-kadang teguran dan cacian orang itu yang aku ikut sebab dari situ aku dapat bina keyakinan.
Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana mengurniakan insan-insan yang baik terhadapku. Di kesempatan ini juga aku nak berterima kasih kepada orang yang sudi membawa kebaikan dan pengajaran yang berguna pada diri aku. (^_^)
Pendek kata ye kawan-kawan, kita tak sempurna so, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan kerana hanya Allah Maha Sempurna. Baikilah diri kita dahulu dan tegurlah sahabat kita yang salah dalam pemikiran dan tindakan. Kitakan hidup untuk saling nasihat-menasihati. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment
yang kisah