Tuesday, November 22

"Setiap orang kalau mahu jadi isteri, mahu jadi isteri yang baik.."

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

"Setiap orang kalau mahu jadi isteri, mahu jadi isteri yang baik.."

Pernah dengar kata-kata tu? Itu kata-kata yang aku suka. Selalu sangat dengar dalam tv. Dah hafal dan dah set dalam hati. Tapi nak jadi isteri yang baik bukan semudah mengunyah kacang. Semuanya berpaksikan kepada cinta Allah yang Maha Satu. Bila mana hati kita bulat dan tekad menyintai Dia lebih dari segala yang ada, matlamat dan impian itu akan mudah digapai dengan pertolongan-Nya. Tapi, cinta kepada Allah bukan sekadar kata nama yang hanya kita cakap dan diamkan dalam fikiran sebaliknya adalah satu kata kerja yang kita perlu gerakkan dengan amalan.

Courtesy: Google
Berbalik kepada cerita nak jadi isteri yang baik, kita fahamkan sama-sama beberapa hadis Nabi SAW:

"Daripada Al-Hushain bin Muhshan bahawa ibu saudaranya mendatangi Rasulullah SAW untuk suatu keperluan lalu Nabi SAW bertanya kepadanya, "Apakah engkau mempunyai suami?" Dia menjawab:"Ya." Baginda bertanya lagi:"Bagaimanakah kedudukan kamu di sisinya? Dia menjawab: Aku tidak mengabaikannya kecuali yang memang aku tidak sanggup mengerjakannya." Baginda berkata: "Maka lihatlah di mana kedudukanmu di sampingnya, kerana dia adalah syurgamu dan nerakamu."- Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim.

"Allah membenci seseorang isteri yang tidak berterima kasih kepada suaminya, sedangkan dia memerlukan suaminya."-Riwayat an-Nasai

"Dunia adalah sebaik-baik perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang solehah."-Riwayat Bukhari

Courtesy: Google
Done! Itu baru tiga hadis.. Allah dah sms kita dengan kata-kata-Nya.. So, just refer Al-Quran and we get the answer.. To all muslimah, we are an ordinary woman. To be an extraordinary, just follow what Allah said in Al-Quran. That's all.

Love u all sisters because of Allah :)
Wassalam..

6 comments:

  1. saya nk melamar awak jd istri shaye....kuikuikui :)

    ReplyDelete
  2. sis... nk obat batok cap ibu dan anak??
    jangan terpedaya dgn sbrg drama..just ignore eh :)

    ReplyDelete
  3. semoga bertemu dengan jodoh yg baik...amiin

    ReplyDelete

yang kisah