Wednesday, November 2

Penghijrahan status

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari ini ada kesempatan masa nak berkongsi sesuatu. Title di atas tidak tahu sama ada it's sound good or vice versa. Mulai hari ini, gaya penulisan akan berubah skema, ejaan akan full, segala titik noktah, koma dan seangkatannya akan digunakan secara berhemah mungkin. Penulisan sebelum ini mungkin terlebih santai dan banyak menggunakan short form. Itu tidak bagus untuk kesihatan bahasa. So, aku akan cuba memperbaikinya. Maybe it's called penghijrahan~

* Aku adalah ganti diri pertama buat masa sekarang dan tidak lagi sy seperti sebelum ini.

Sepanjang menjalani tempoh pantang di rumah, aku sedang berupaya menghabiskan pembacaan buku tulisan Abu Ahmad Fatanah, berjudul 40 Sifat Yang Dicintai Allah. Secara jujurnya, aku terkesan bab 39 iaitu 'Hati Sebagai Raja'. So, entri ini akan berkisar mengenai hati.

Courtesy: Google




Sebagaimana yang kita sendiri tahu, kebaikan dan kejahatan pada diri seseorang berakar umbi dari hati. Hati ialah pusat yang menerbitkan tenaga perbuatan dan anggota-anggota lain pula ialah khadamnya.Dari hati yang cuma seketul daging, ia berperanan besar dalam membentuk akhlak seseorang. Hati yang baik akan sentiasa mengingati Allah dan mematuhi segala perintahNya, manakala hati yang rosak akan mudah diperdaya oleh syaitan,dikuasai oleh hawa nafsu dan syahwat jahat.

So here, mari kita sama-sama renungkan hadis di bawah dan kata-kata Ibrahim bin Adham.

"Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya, dan apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.."-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

"Hati orang yang beriman adalah bersih seperti cermin, kerana syaitan tidak dapat memperdayakannya dengan sesuatu, sebab ia lebih dahulu melihatnya.Tetapi apabila ia sekali melakukan dosa, Allah campakkan ke dalam hatinya satu tompok yang hitam. Kalau ia bertaubat, hilanglah warna kehitaman itu. Andaikata ia kembali berbuat dosa, dan tidak bertaubat, timbullah semula tompokan hitam itu hingga seluruh hatinya menjadi hitam. Waktu itu tidaklah berguna lagi nasihat yang diberikan kepadanya.."-Ibrahim bin Adham

Setakat itu sahaja dari aku... Assalamualaikum wbt..

No comments:

Post a Comment

yang kisah