Saturday, November 13

Bace dulu baru boleh faham..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Sy baru meng'like' and meng'share' note ni di FB..Jom pakat bace.. 
Sumber..En.Guugel
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:  "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.  Sebagai orang beragama Islam  kita wajib menghormati azan.  Banyak fadhilatnya. Jika lagu  kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan  kita tidak boleh mendiamkan diri?  Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,  Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 

"Ya Allah!  Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.  Amin..  amin.. amin  Ya RobbaL 'Alamin.."

Sumber: facebook

Wassalam.. (^_^)

2 comments:

yang kisah