Bismillahhirrahmnairrahim..
Assalamualaikum wbt..
Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka
orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong
& tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat
kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan
memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan
tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku (yg menunjukkan
kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".
Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"Mereka
orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg
memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya,
mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh
liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W.
bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk
bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2
bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.
Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
Mereka
adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada
ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut.
Mereka
adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah
dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg
halal.
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam
keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin
sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
Mereka
ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui
oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya
& tempat mereka juga adalah neraka.
Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
Barisan ke-7:
Diiringi
dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut
mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat
mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an
antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai
orang ketiga antara mereka".
Barisan ke-9:
Diiringi
dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri
mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak
yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Barisan ke-10:
Diiringi
dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta.
Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
Barisan ke-11:
Diiringi
dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu
jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut
serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. Mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang
suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya
adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"
Moga ada manfaatnya..aameen..
-Sy amik dr mukabuku yg di pos oleh Nor Abu
Wassalam.. (^_^)
kita termasuk dalam kategori mana? jauh lagi rasanya perjalanan kita untuk masuk di kategori 12.
ReplyDelete