Friday, November 12

Biar takde ruper asal hati baik..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Sy tertarik dengan page FB seperti tajuk entri yang tertera di atas. Bukan niat sy nak bicara panjang lebar tapi cukuplah sekadar memunculkan perasaan ingin berfikir dalam kalangan kita.
cOURTESY BY mR.gOOGLE

Tuan-tuan dan puan-puan.. this entri amat santai dan sy menaip pun dengan lemah gemalai lagi sopan santun. Isu ni amat biasa tapi kadang-kadang ia menjadi extraordinary bila kita sengaja mengkomplekskan diri kita memilih pasangan hidup yang amat sempurna.. Aishh.. Ni first time sy melangkah ke entri sedikit jiwang dan berkaitan jodoh untuk blog ni. Moga ia masih di landasan yang betul..aameen..

First and foremost, ironi manusia nak semua yang cantik, yang manis, yang tak jemu dipandang dan sebagainya yang berkaitan dengan segala opposite jelik dan tak cantik serta kurang menarik. Itu lumrah.. Takde sesiapa pun yang nak sesuatu yang tak elok. Pasal jodoh contohnya, tipulah kalau cakap kita kurang memilih. At least, ada la jugak rasanya dalam list kita kriteria-kriteria suami atau isteri pilihan. Mungkin ada yang tak berapa kisah, tapi berapa kerat je kan? Sila baca dialog di bawah..

Mak: Bila la kau nak kahwin nak? Umur dah makin terlajak. Kawan-kawan kau dah beranak pinak. Yang pasang 4 pun ramai (sambil menggeleng kepala).

Anak: Mak, sy tak berkenan lagi la kat sape-sape. Semuanya biasa. Tak menarik hati sy. 

Mak: Oit anak.. kau bajet kau tu hensem tahap gaban ke? Amboi..nak yang cantik je. Yang solid macam model, yang lawa, yang menarik la..yang bla..bla..bla..

Anak: Mak, kalau bini sy cantik nanti, mak jugak yang bangga. Boleh tayang satu kampung. Nanti Mak Lijah hujung kampung tu mula la..Amboi menantu Mak Dara, cantik macam mak mertua dia. Untung si Leman berbinikan perempuan macam tu.. Dah macam artis.

Mak: Apa kau ingat setakat bini cantik boleh bahagia? Tengok kat hati nak oi. Mak tak kempunan la menantu tak berapa cantik. Asal taat pada Allah, baik hati, hormat orang tua. Cukup. Full stop!

Anak: Ala mak ni..sy kawin sekali seumur hidup.. Biarlah nak berbinikan yang cantik. Mak, tolong la carikan perempuan yang rambut blonde, mata hazel, tinggi, ramping, kulit putih, mulus..bla..bla..bla..

Mak: Ya Allah nak..bawak bertobat la.. Sedar diri kau tu sikit..Biar takde ruper nak, asal hati baik sudah. Susah-susah aku pinangkan kau dengan anak Ust Hassan. Padan muka kau.

Anak: Mak!!!!!!!!!!

Itu hanya contoh. Sy tau tak semua yang macam ni.. Tapikan tuan-tuan dan puan-puan, apa erti sebuah perkahwinan sekiranya niat kita bukan kerana Allah? Perkahwinan itu ibadah. Cukuplah kita bersederhana dalam mencari jodoh. Tak perlu mencari yang terlalu sempurna kerana manusia memang tak sempurna. Kita mungkin boleh menilai ketampanan dan kecantikan tetapi nilailah pada hati terlebih dahulu. Hati yang suci boleh membawa kepada kebahagiaan. Ketampanan dan kecantikan seseorang hanya pinjaman dan boleh luntur ditelan zaman. Akhir kalam, moga jodoh kita dengan orang-orang yang beriman, aameen Ya Allah..Wallahua'lam..
pilihlah pasangan kerana agamanya...
Wassalam.. :)

2 comments:

  1. terima kasih yer sudi sharing. betullah rupa yang elok tak mengambarkan sikap sebenar. biar lah rupa sedap mata memandang tapi hati budi cukup cantik

    ReplyDelete
  2. mata hati.. sy sekadar menaip ape yg ade d kepala..hehe.. moga ia ade manfaatny..insyaAllah..aameen..

    ReplyDelete

yang kisah