Wednesday, February 9

misi kahwin tahun ni...coming very soon...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah, 2 3 hari ni dapat banyak jemputan kahwin kawan-kawan.. Semua dari kawan-kawan sekelas waktu form 5 dulu, kelas 5 Arab Sains (5ASc).. Daripada 39 orang classmates sy, 2 orang dah selamat berkahwin.. Alhamdulillah.. :) This year.. 1, 2..eh 5 orang kawan sy tgh q n berdebar-debar tunggu tarikh walimah.. Hehe.. Bestnye..sebab sy pon tak sabar-sabar nak makan nasik minyak diorang.. :D


dari Pakcik Gugel ..
 Kisah satu---> Encik F chat dengan sy semalam, dengan malu-malu kucin, beliau menjemput sy ke walimahnya yang akan berlangsung time sy tak boleh pulang ke Perak.. Huhu..sedey.. :( Bakal isterinya, cik H, my membe baek.. Amat x syiok la kan sebab sy tak boleh menghadirkan diri ke kedua-dua majlis mereka.. (Eceh..bajet org penting pulak..) Huhu.. Sy dah cakap dengan Encik F sy akan kirim org mewakilkan diri sy.. Tp beliau tak terima,, beliau akan mengambil kedatangan pada hari perkahwinan tersebut. Sistem balas akan dijalankan waktu sy kawen kelak.. Gile zalimkan? Beliau tanak datang walimah sy nanti.. Itu maksudnya??? Zalim n kejam itu Encik F! :p

from pakcik Gugel..
 Kisah dua---> Cik D dah jemput sy makan kenyang-kenyang nasik minyak beliau nanti.. Cik D ialah roomate sy di hostel dahulu.. Sy amat sayang kat beliau,, :') Actually, beliau jiwa kental dan tak takut hantu. Katil beliaulah tempat yang sy tuju dan menyempit waktu hantu buat reunion n kecoh kat luar bilik kteorang.. Eh..kenduri kendara beliau will be held on Jun.. Yeayyy.. time itu sy sudah tamatkan zaman kepraktikalan sy..insyaAllah.. After 20 May this year sy nak menggoyangkan kaki n tangan sekejap,, nak rest puas-puas sebelum nak mencari kerjaan, pegang duit n sambung pembelajaran.. :) Emmm...Terpikir jugak hadiah ape la nak kasi utk segala para pengantin baru itu..?? Aishh.. susah jugak eh?

Kisah tiga---> Sedang syok menaip this entri, sy mengintai jap Muka Buku.. Teng3.. ternampak pics Cik S. Waaww.. Segaknya my fren...serba keunguan... Cantik sangat, SubhanAllah.. Beliau dah jadi Puan S.. Eh it happen sudden or sy ketinggalan berita..?? Emmm.. Beliau baru lepas akad rupanya.. So.. bilangan classmates yang already taken dah tambah satu automatically.. Its equal to 3.. :) Tahniah Puan S dan suami.. InsyaAllah sekiranya panjang umo.. sy akan muncul pada hari bahagia anda berdua nanti.. :) Yeayy.. cik S dah kawin, alhamdulillah.. :)


Kisah empat---> Cik M belum kasi jemputan kat sy,, Ura-ura mengatakan beliau akn melangsungkan perkahwinan this year,, Gumbira hati sy.. Sorang lagi kawan bakal mengikut jejak langkah 3 sahabat yang lain.. Eh tak tau la nak sumbat ape dalam kisah empat ni.. Pape pun, sy sayang cik M yang terer add math ni.. Beliau handal bersilat dan sy kagumlah ade kawan sedemikian rupa.. :) Majlis beliau akan berlangsung insyaAllah pada tahun ni.. Moga segalanya berjalan lancar.. aameen ya Allah.. :)

Kisah lima---> Ini kisah Cik F a.k.a sy lah! Sy juga bermisi untuk berkahwin..coming very soon.. Nice tak? Kepada orang yang di luar, umur 24 tahun muda lagikan? Tapi why my granny asyik tanyakan sy soklan yang susah ini.. "Bila nak kahwin kak yong?".. Lepas sedekah senyum, sy lari dari granny sy... "No comment,,", sy jawab dalam hati.. Jawapan sy sweetkan? Jawapan artis lari dari wartawan.. :p 


 To segala Encik dan Cik yang bergelar sahabat, kawan, adik beradik dan segala adik beradik yang terangkat serta semua aunty n uncle sy.. sekiranya korang bacelah jawapan ni..alangkah bahagia hidup sy.. Dah tak larat nak copy paste jawapan ni kat korang...."Allah dah tetapkan jodoh tu lambat ke awal..So, no comment.., insyaAllah coming very soon...aameen.. "

  
katakatasedapmacamnasikminyak: -Jodoh datang dari Allah.. dengan siapa n bila.. Allah ada jawapannya.. Jangan risau sangat walaupun usia makin meningkat sebab it's happen with the reason.. :)
- Banyak doa eh..moga jodoh kita datangnya dari golongan yang soleh n solehah..
- Hebohkanlah perkahwinan itu n jemputlah segala keluarga n sahabat handai jauh n dekat.. sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam hadis baginda yang bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)
-To all yang bakal bergelar suami n isteri.. sama-sama kita renungi hadis Rasulullah SAW yang  bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya. 

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.   

take care syg2 semua.. wassalam..

11 comments:

  1. wahh..ramainye dh nk kahwin..
    t jemput la kite ye..hehe

    ReplyDelete
  2. hehee... jodoh akan datang tanpa kita duga. bersedia setiap masa... ahaks~

    ReplyDelete
  3. yang penting calon nya biar betul2 sesuai dgn kita jangan salah pilih nanti...

    ReplyDelete
  4. akashah> hehe..nnt xlama lg dpt la tu kad jemputan...

    kaizen>ahaksss..kaizen da kawen ke?
    haruslah ready olz da tym kan.. :P

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. munna> setuju :)
    insyaAllah moga Allah tentukan yg terbaik utk kte sume.. :)

    e.d.y> sile2.. nanti jgn lupe jemput eh.. :)

    ReplyDelete
  7. betul, jodoh datang dari Allah. Trust Him. InsyaAllah, suka entry ni.. :)

    ReplyDelete
  8. allah dah tetapkan jodoh, rezeki, ajal maut kita sewaktu kandungan ibu kita meencecah 4 bulan. di situ telah teercatat segalanya.. jadi... in sha allah.. masanya akan sampai untuk awak cik fiza :)

    ReplyDelete

yang kisah