Tuesday, December 7

Hijrah manusia yang seorang ini..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, Allah masih kasi peluang kepada sy untuk menikmati hidup. Masih mampu bernafas, berbicara, bergerak dan sebagainya. Thank you Allah! Amat bersyukur~

Bila masuk 1 Muharram, feeling ade rase laen. Owh.. sy dah tua, makin banyak buat benda lagha dan makin kerap kumpul dosa. Astaghfirullahalazim... Moga Allah mengampunkan sy dan kita semua.. Hati amat sayu mase bace doa awal dan akhir tahun.. Masihkah ada peluang hidup untuk sy pada awal Muharram tahun depan? Hanya Allah yang tahu.. (^_^)
Allah sentiasa bersama kita..(Sumber: Google)

Sedari hidup selama 23 tahun 2 bulan setengah ni, sy masih terkial-kial dan tergagau-gagau untuk membentuk jati diri..  Mase kat sekolah, memang selalu buat karangan yang masukkan pasal jati dirilah, sahsiahlah, identiti dirilah n so on.. Segala benda alah tu bergantung pada iman sebenarnya.. Setakat kita feeling power tapi iman tak mantap, jati diri pon tak kuat. Rupanya tak mudah jugak nak kasi diri ada jati. Ia akan tetap berbalik pada iman. Iman yang mantap datang dari hati yang suci.. Jati diri yang kuat bergantung pada iman.. Balik-balik akan ke situ jugak.. Mereka ade correlation!

Kita semakin hampir dengan mati..
Bila semangat datang tahap payah nak kontrol, sy amat bajet diri amat kuat dan amat tabah. Bila kene hempap dengan ujian dan dugaan yang menguji iman.. sy mudah jadi lemah dan gelabah. Melayang segala kekuatan yang dah sy kumpul sebelum ni. Bertempiaran lari segala azam yang dah mula berjinak-jinak untuk menonjolkan diri. Berterbangan segala resipi untuk pembaikan diri. Aishhh... Manusia yang seorang ini tidak selamanya akan begitu. Itu mungkin kurun yang dulu.. Menjejak abad yang seterusnya, manusia yang seorang ini telah berubah. Bukan berubah secara total, tapi pemikiran dan tindakan inginkan kemajuan. Berhijrah ke fasa baru dengan azam yang dah polish sampai berkilat. InsyaAllah.. moga Allah meredhai dan mempermudahkan urusan manusia yang seorang ini.

Manusia yang seorang ini akan menghantarkan diri ke institut kematangan.. Ada orang cakap dia matang dan vice versa. Tapi dia tak kisah.. Dia akan cuba yang terbaik.. Haa.. kedu ke? Bukan senang nak jadi baik.. Bukan mudah jugak nak jadi jahat.. Bukan semua orang suka kita.. Bukan semua orang selesa dengan kita.. Kan? Kan?

Manusia yang seorang ini dalam tempoh berkenal-kenalan dengan alam baru. Alam belajar sedang bercuti sekejap setakat ni dan alam berehat seminggu cuba masuk line.. Alam berangan ala-ala dah bekerjaya sedang menunggu di hadapan.. Manusia yang seorang ini cuba memberikan komitmen yang terbaik dalam segala hal yang dah disentuhnya. Moga Allah memberkati segala yang dilakukannya.. Aameen..

Sempena 1 Muharram detik permulaan ini.. manusia seorang ini sedang cuba berhijrah.. Salam maal hijrah dan salam kasih sayang buat anda.. Bertabahlah! May Allah bless us.. Aameen..

Wassalam.. (^^,)

2 comments:

  1. selamat berhijrah ke arah yg lebih baik.

    ReplyDelete
  2. syukron ya akhi kareem..
    moga hidup kta sentsa dalam redha Allah..Aameen.. :)

    ReplyDelete

yang kisah