Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Dulu dan sekarang amatlah berbeza.. Payah nak capai tahap sekarang sekiranya kita tak buat reference pasal hal yang berkaitan sebelum ni.. Wah,, amatlah skema ayat yang tertera di atas kan..? No need nak rolling on the floor with that sentences ye sebab those yg suke gelak guling-guling itu amatlah sy kenal.. :) You yang itu dan itu are exception! Toksah bace,,,(wink) This entri sy tidak tujukan kepada siapa-siapa.. Cuma ingin berkongsi apa yang ada pada pandangan sy. I just make comparison. Thats all buddies.. :)
Al-kisah 1
Fikiran sy didedahkan bahawasanya wanita zaman dahulu amat sopan dan jalan tunduk n amat jaga pandangan..Pabila ternampak lelaki, wanita akan cuba menyorokkan diri, mempercepatkan langkah atau mengelak ke tepi.. Atas dasar MALU ye puan-puan dan tuan-tuan.. Baguskan? Kagum sy.. Zaman sekarang... kita sendiri boleh compare.. MALU dah pi mana tak tau.. Tapi bukan semua wanita macam itu.. masih ramai wanita yang solehah, yang taat pada Allah dan agamanya.. Cuma sy mengingatkan diri sy sebagai wanita yg mudah alpa,, moga sy dan kaum wanita yang lain sentiasa mengingatkan diri agar menjadi hamba-hamba Allah yang terbaik. Sama-samalah kita saling mendoakan.. :)
SubhanAllah.. cantiknya wanita kerana taatnya dia pada Allah..(Google) |
Al-kisah 2
Dolu-dolu, zaman tak berduit. Amat susah nak dapat something.. Jangan harap mengidam benda-benda yang mahal, ais kacang 5 sen pon belum tentu boleh dapat. Masa dahulu jugak, hidup amat susah.. taraf hidup yang rendah pon boleh jadi tinggi bagi orang yang tak mampu. Amat perit jugak memenuhkan tabung buluh sebab duit pun payah nak dapat. Berapa sen sangatlah kerja mengutip siput, mencari rotan dan membajak tanah? Tapi orang dahulu kebanyakkannya sangat bersyukur.. Dapat gaji seringgit pun dah selalu buat sujud syukur.. Baguskan? Sekarang pulak.. Alhamdulillah..ekonomi makin baik.. Duit sepuluh sen atau dua kupang pun mudah nak jumpak dalam longkang.. Ada jugak manusia yang tak pandang setakat syiling-syiling ni. Buat berat poket.. Tapi sebenarnya duit silver ini lah yang tolong lepaskan u nak beli tiket ktm kt mesin @ bayar bil-bil kan? "Excuse me mem, plz pay me 20 cent." Haa.. tok sah nak buat kalut cari dalam hand bag @ pocket la kalau kita sendiri yang lempar syiling kat longkang tadi.. Pendek cakap la kan.. kecik mane pun pemberian Allah kasi.. silelah amik dengan syukur.. Jangan buang-buang.. Kalau tak nak..kasi kat orang lain ok?
simpan la syiling..at least boleh kasi cucu bli aiskrim pop.. (Google) |
Al-kisah 3
Dulu, ade jugak orang couple. Tapi jarang la orang kasi hebah satu kampung. Sebab takut tak menjadi. Relationship pun kasi tau family sebab nak keberkatan n semoga direstui. Nak senang cakap.. orang dulu ade je yang tak couple. Jodoh family yang carikan.. Jumpak pun tak pernah n dapat tengok bakal isteri pun masa bertunang. Hah.. sweet kan? Yang couple pun tak berani nak contact lebih-lebih. Setakat pas surat cinta wangi penuh bedak bolehlah.. Habis rindu pun pandang bumbung rumah n buat-buat lalu ke hulu ke hilir depan rumah marka dia.. Abis sweetlah.. Sekarang berbeda..bercinta pun nak buat press conference.. Nak kasi heboh kat Fb.. Ok fine..maybe ada yang berpendapat itu selamat. Orang lain tak boleh kacau cikaro @ cowok dia bila da tulis in a relationship with @ whatever.. Maafkan sy ok, sy cuma berpendapat lebih manis awk tak kacau status awk itu melainkan orang yang dah betul berkahwin. Sebabnya.. sekali kita tak berjodoh dengan orang itu, kita dah tak payah nak tukar ke single semula.. Secara tak livenya, ia akan menimbulkan persepsi yang kurang manis dari orang lain.. :)
Contoh surat tak rasmi sebelum ditabur bedak.. (Google) |
Kholas untuk tiga al-kisah yang datangnya dari sy sendiri.. Kebanyakkannya dr pengalaman dan pandangan yang menembusi kaca mata sy..Maafkan sy sekiranya sy salah dan lancang berkata-kata.. Sy amat tidak bagus dan tidak berniat untuk belagak bagus. Cuma ingin berkongsi untuk kebaikan.. Maafkan sy sekali lagi..
Moga Allah mengampunkan sy..
Sayang korang..
Wassalam..^^
No comments:
Post a Comment
yang kisah