Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.. pagi yang amat berkat, hati terasa aman dan lapang.. Terima kasih Allah kerana masih memberi peluang untuk diri ini mengecapi rasa berhidup dan bertabah. Alhamdulillah, syukur..
Sudah lama sy tak memesrakan diri dengan rasa berblog. Halangan ketidaksembuhan lappy dan kekurangan makanan pada encik Berukband membuat dunia sy sedikit sepi. Ampang menjadikan sy untuk kembali berjinak dengan bidang meluahkan perasaan pada drawing block.. Jiwa sy sedikit kacau sebelum ini sebab sy tiada saluran yang betul untuk mencurahkan rasa. Hal sedemikian itu membuatkan otak sy sedikit tercedera bahana terlalu tepu menyimpan pelbagai entri untuk di'share'kan.. Lembaga pemfilteran hanya berkenan meluluskan entri ini untuk dibahaskan.. Segalanya mengenai rasa ini..TERIMA KASIH..
Courtesy: mR.gOOGLE |
Rasa kesyukuran terlebih dahulu dipanjatkan kepada Maha Suci Tuhan yang Penyayang, Allahurabbi. Alhamdulillah atas segala nikmat, karunia, inayah, keimanan, rezeki, peluang, ujian, cubaan, dugaan dan segalanya yang dianugerahkan oleh Allah.. Terima kasih Tuhan Rabbul Jalil.. Ujian dariMu membuatkan jiwa ini tidak lagi kontang dengan rasa lemah.. Moga diri ini makin tabah, kuat, cekal, sabar dan selalu berada di jalanMu.. Aameen ya Allah.. :)
Rasa terima kasih yg kedua tetap sy panjatkan kepada Allah, Tuhan yang Maha Pengasih.. Alhamdulillah.. Hati sentiasa sihat dan akal maseh waras.. Kesedaran yang Allah kurniakan tiada taranya. Sekali Dia memilih kita, bersyukurlah. Kita adalah pilihanNya yang mampu untuk diuji.. Sy tersentuh mendengar kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah dalam Selami Jiwa..Maksudnya lebih kurang macam ni " Apa je Allah kasi, kita terima dengan redho. Mohon Allah kasi kita pahala dengan redho itu".. MasyaAllah.. haza kalam jamil.. :)
Then, sy tetap meluahkan rasa terima kasih masih kepada Allah, Tuhan yang Maha Kuasa.. Terima kasih Allah di atas kurniaanMu itu. Allah berkuasa untuk menjadikan segala sesuatu dan menarik balik sesuatu itu dari kita. Segala apa yang kita ada adalah milik Allah. Diri sy kepunyaan Allah.. Anda juga begitu. Tiada sesuatu pun milik kita di dunia ini walaupun kita bermati-matian dan melipat gandakan usaha untuk memperolehi sesuatu. Yang kita dapat dan perolehi adalah pinjaman dari Allah.. Terima kasih Allah.. :)
Ya Allah.. terima kasih juga kerana mengurniakan insan-insan yang menyayangi diri ini.. Mummy, babah, nenek dan dua orang adik amat cepat mewarnakan situasi hati yang keruh macam teh ais.. Kata-kata babah buat hati sy terharu,, nasihat mummy buat sy kelu.. Kata-kata Eti dan Aiman menaikkan semangat sy.. Nenek sy begitu concern dan selalu menasihati untuk lebih rapat dgn Allah.. :') Sy sayang famili sy, yg sabit dengan sy n semualah.. Thanks also to u.. Jarak itu hanya angka.. ^^
Thanks again to Allah kerana dengan izinNya telah menemukan dan menjadikan 3 encik dan seorang cik sebagai sahabat rapat sy. Mereka yang terbaik bg sy.. Idea Encik-encik 3A's amat rasional.. Kerjaya mematangkan anda bertiga mungkin.. Walaupun otak kita amat gila-gila tapi kita saling menyokong antara satu sama lain.. To A1, anda datang tepat pada masanya, tq! To A2.. sy tumpang sedeh atas kesukaran anda..Allah akan kasi yang terbaek nanti.. To A3.. Moga awak sentiasa bertabah, kita masih ada janji untuk mendapatkan sesuatu..(Maybe waktu konvo, seat kita dekat sebab pointer kita sama.. :)) Syukron alaikum.. Buat cik C yang chantek, pengalaman yang hampir serupa membuat kita sentiasa menyokong dan mendoakan antara satu sama lain. Sy akan merindukan senyuman manis anda.. Terima kasih banyak-banyak cik C.. Mudah cakap, awak berempat my the best buddies.. Sayang korang!
Terima kasih ya Allah..
katekatemanismacamgulekapas:
INGAT, KITA MASIH ADA ALLAH JIKA HILANG SESUATU.. KEMBALILAH KEPADA ALLAH TIKA SUSAH ATAU SENANG..
ALLAH IS EVERYTHING..
Wassalam..
kak munna pun nak ucapkan terima kasih pada semua..lepas baca entry adik ni
ReplyDeleteu r most wc kak munna syg :)
ReplyDelete