Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, usia dah makin bertambah sejak melangkah tahun baru ni. Moga terus diberi kekuatan oleh Allah untuk aku jadi hamba yang lebih baik pada-Nya.
Tahun 2012 dah menjengah. Tahun 2011 dah menghilang. 2011 banyak memori tersimpan. Suka duka tangis tawa aku biar Dia yang tahu. Kalendar 2012 aku dah gantung gah depan pintu. Simbolik kepekaan aku untuk hidup terus maju. Jujur masa aku menaip entri ini, aku baru teringat aku ada diari 2012. Thanks untuk siapa yang hadiahkan. Lepas ni aku akan gunakan walaupun dah skip untuk 2 hari. Aku janji ok!
I love strawberry~ |
Setakat hari ini, status aku masih menanam strawberi di belakang rumah. Masih tidak berbuah.. Walaupun dah bergraduasi, aku masih belum berkesempatan mendapatkan pekerjaan. Tidak mengapa, selagi berusaha InsyaAllah Dia akan beri yang terbaik.. Bertabah dan berhidup dengan baik!
Aku si penanam strawberi..
Dulu masa belajar, tanggungjawab itu aku rasa paling berat. Memang tak sabar nak habis studi sebab muak dan capek nak hadap assigment yang berlonggok. Tapi sebenarnya trust me, berada di universiti itu rahmat besar Allah kasi.. Sesiapa yang masih belajar, enjoy your precious moment. Kita takkan dapat peluang untuk belajar berdikari, menggali ilmu dan memahami erti hidup. Masa itulah yang jadi acuan untuk kita jadi seorang Muslim yang baik. Dan masa itu jugaklah kita kenal mana satu kawan, mana satu lawan. Masa itulah kita kenal siapa sahabat sejati yang sanggup makan sepinggan dan tidur sebantal, yang saling support kita dan sanggup hantar kita ke hospital masa kita pengsan.(Aku dedicate this statement to my BFF, Ena)
Aku si penanam strawberi..
Oh sekarang dah habis studi, seriously aku rindu zaman kampus. Tak mampu lagi rasanya nak menghadapi alam pekerjaan. Amanah itu lagi besar. Kawan-kawan tak boleh nak cover kau kalau kau skip. Kawan-kawan dah tak boleh nak tolong kau punch card. Sedikit seram aku fikir. Hardly to say, the life is begin.. Alam baru semuanya baru. Terasa macam kena campak kat pulau dan I need to survive. Pengalaman kerja tak tetap sebelum ni tinggalkan kesan kat aku. Memang terkesanlah. Environment hidup aku berubah tiga ratus enam puluh darjah. So now aku amat berharap aku akan terus kuat dengan cabaran yang bakal mendatang..
Jadi anak kena berbakti. Its true! As a daughter to my mi and babah, sesungguhnya aku berikrar, aku akan cuba untuk jadi anak yang baik. Tak berani jugak nak janji bagai terlampau-lampau. Aku cuma nak jadi anak yang taat dan bahagiakan kedua-dua ibu bapa dan kasi gembira sama itu adik-adik aku. Moga Allah permudahkan, aameen. :)
Lastly, hidup mesti berbakti bukan cipta kontroversi. Biar dengan tangan
sendiri melakar budi jangan biar emosi menguasai diri. Segala kelemahan
diri dapat dipadami asalkan ada niat untuk mengatasi...Walaupun aku si penanam strawberi, aku tetap hepi.. (^______^)
p/s: Aku harap masih diberi peluang untuk petik strawberi kat Cameron lagi.. Sweet memory!
Salam sayang~
salam,,
ReplyDeletetahun baru..pasti cabaran baru..
moga kita semua beroleh kejayaan spt yang diharap2kan.....amin.
selamat tahun baru... biasanya awal2 je munna semangat nak tulis diari lepas tu ke laut semuanya
ReplyDeletesekamar rindu:
ReplyDeletewaalaikumussalam wbt akhi.. aameen ya Allah.. :)
munna: selamat tahun baru kak munna,,, sama la den ^_^
ReplyDelete