Thursday, February 25

Mati itu pasti!

Bismillahirrahmanirrahim.

Give thanks to Allah, for the moon and the stars, prays in all day full, what is and what was, take hold of your iman, don't giving to syaitan, oh you who believe please give thanks to Allah.

Alhamdulillah, hari ini  kita masih bernyawa dan masih sempat mengecapi nikmat sihat dan usia. Kesyukuran yang tida tara dipanjatkan buat Ar-Rahman Ar Rahim, Allah Azza wa Jalla.

Saudara, sedarkah kita dosa kita kian menimbun dan pahala kita masih seciput? Hari demi hari, adakah kita menjadi lebih baik atau makin teruk ataupun masih di tahap yang sama? Aku tidak mahu omong kosong di sini dan bukan membebel serta menuduh membabi buta. Sekadar ingin menasihati diri agar sentiasa top-up pahala dan sentiasa mentaati perintah Allah.
Saudara, sesungguhnya kita tidak tahu bila kita akan dimandikan, diselaputi kain putih, ditaburi kapur barus, dikucup buat kali terakhir oleh ahli keluarga, dikebumikan dan ditalkinkan. Hari ini, esok, lusa atau tulat mungkin giliran kita mendapat tempat di liang lahad. Meninggalkan semua insan-insan yang disayangi dan hanya keseorangan di lubang yang sempit dan gelap.
Saudara, pernahkah kita memikirkan mati? Pernahkah kita fikir apa yang akan kita bawa nanti? Cukupkah bekalan kita? Kita mungkin tiada rasa apa-apa sekiranya orang yang tidak rapat dengan kita pergi menyahut seruan Ilahi. Namun, hati kita akan cukup terasa dengan kehilangan orang yang disayangi. Bersediakah kita kehilangan ibu bapa dan sanak saudara? Sabarkah kita dengan dugaan Allah akan kehilangan orang tersayang?

Saudara, kita mungkin takut dan sukar menerima kenyataan tatkala ibu bapa, suami, isteri, anak-anak atau sanak saudara pulang menemui Allah buat selama-lamanya. Namun, adakah kita pernah terfikir, andai kita yang pergi dulu? Mati itu pasti! Tidak pernah menghitung usia, tidak kenal kecil atau dewasa, tidak   pernah mengira bangsa, dan tidak sesekali membeza warna. Yang pastinya kita akan pergi jua.

Astaghfirullahalazim. Kembali kepada realiti, diri ini amat hina kerana terlalu kerap mengumpul dosa. Mungkin berguni-guni sehingga tak terhitung berapa jumlah dan beratnya. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku kepadaMu. Moga aku menjadi hambaMu yang baik dan beriman. Aameen.

Doaku, moga mati kita dalam iman dan dalam Islam serta dalam keadaan yang baik, insyaAllah. Aameen.
Saudara, marilah kita sama-sama mengamalkan doa-doa ini .Moga kita mendapat keampunan Allah, sentiasa disayangiNya dan sentiasa dalam ketaatan kepadaNya.Aameen.

Salam sayang buat semua.ukhwah fillah abadan abada.

No comments:

Post a Comment

yang kisah