Tuesday, August 31

I love drawing!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Sy belek nota statistics 10 minit yang lepas. Belum ada niat untuk study sebab schedule harian  sy amat padat and ketat. Hanya bukak-bukak, tenung-tenung dan renung-renung apa yang ada di nota. Musykilah kabirah sebab nota sy diconteng-conteng tanpa belas kasihan. Setiap description about inferential statistics ditokok tambah dengan terperinci. Tulisan yang ada di situ amat bengkang bengkok macam ular kena palu. Tapi alhamdulillah masih boleh dibaca sebab tulisan itu cantik sikit dari cakar ayam. Sy berkata sendirian," Rajin jugak orang ni catat apa yang lecture terang. Nampak sangat pay attention.."

Eh, tiba-tiba pen yang ada atas meja jatuh guling-guling ke arah sy. Owh mesti ceiling fan yang tiup pen tu..So, lamunan sy terhenti..Akal kembali waras dan sy tutup balik nota inferential statistics tu. Tanpa disengajakan mata ni terpandang belakang nota. "Haa..ni hasil yang sy buat masa tunggu lecture masuk.."

I love drawing..

Tika hati meluah rasa

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.. 

Alhamdulillah, sy sempatkan diri nak berblog dinihari. Line amat semput dan betul-betul menguji kesabaran. Nak jaulah and up traffic kat blog kengkawan pon main lepas tak lepas je. Hmm,,tapi takpe, nanti line dah lebat boley teruskan misi tu insyaAllah.. =D 

Today is 31st August, so Eidul Istiqlal. Salam Kemerdekaan buat semua kawan-kawan. Moga kita dapat merdekakan diri kita dengan sifar sifat mazmumah. Sama-samalah kita berusaha. Better try than nothing, right? =)

Tonight kepala sy tepu lepas abiskan masa dengan pembacaan untuk tesis Komunikasi. Ide pulak amatlah segan and pura-pura malu nak muncul toink-toink sebabnya sy banyak push waktu tulis surat cinta kat mummy sy td. Eh, awk..sy nak buat sesi luahan rasa sekarang. Boleh tak? Emm..sebenarnya kan? kan? kan? Sy dah lama pendam and peram perasaan ni. Orang lain tak tau pun, tapikan sy nak kecoh kat awk.. Here it goes..taraaa.. 

Sunday, August 29

Ada tiga yang akan ikut mayat


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

mati itu pasti..
Di petang yang sepi ini, sy membelek-belek lagi folder "Tazkirah" dalam MSI. Sengaja mengisi masa dan kat sini nak share hasil dari pembacaan sy.

Ada tiga yang akan ikut mayat:
  1. Keluarganya
  2. Hartanya
  3. Amalnya 
Ada dua yang akan kembali dan satu akan tinggal iaitu bersamanya hanya amalnya manakala keluarganya dan hartanya akan kembali. Ketika roh meninggalkan jasad, terdengarlah suara dari langit memekik,"Wahai polan anak si polan..
  • Apakah kau yang telah meninggalkan dunia atau dunia yang meninggalkanmu?
  • Apakah kau yang telah menumpuk harta kekayaan atau kekayaan yang telah menumpukmu?
  • Apakah kau yang telah menumpuk dunia atau dunia yang telah menumpukmu?
  • Apakah kau yang telah mengubur dunia atau dunia yang telah menguburmu?"
Ketika mayat diletakkan untuk dimandikan, terdengar dari langit suara memekik.."Wahai polan anak si polan,..
  • Mana badanmu yang dahulunya kuat, kini terkulai lemah?
  • Mana lisanmu yang dahulunya fasih, kini bungkam tak bersuara?
  • Mana telingamu yang dahulunya mendengar, kini tuli dari seribu bahasa?
  • Mengapa sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia, kini tidak bersuara?"
Ketika mayat siap dikafan, suara dari langit terdengar memekik, "Wahai polan anak si polan, 
  • berbahagialah apabila kau bersahabat dengan redha
  • celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah."
Wahai polan anak si polan, kini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan, nun jauh tanpa bekal. Kau telah keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali selamanya. Kini kau tengah safar pada sebuah tujuan yang penuh pertanyaan."

Ketika mayat siap disolatkan, terdengar dari langit suara memekik, "Wahai polan anak si polan,..
  • berbahagialah apabila amalmu adalah kebajikan
  • berbahagialah apabila matimu diawali dengan taubat
  • berbahagialah apabila hidupmu penuh dengan taat."
Ketika mayat siap disolatkan, terdengar suara dari langit memekik, "Wahai polan anak si polan, setiap pekerjaan yang kau lakukan kelak kau lihat hasilnya di akhirat. Apabila baik maka kau akan melihatnya baik. Apabila buruk kau akan melihatnya buruk."

Ketika mayat dibaringkan di liang lahad, terdengar suara memekik dari langit, Wahai polan anak si polan, apa yang telah kau siapkan dari rumahmu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gelita di sini?"

Wahai polan anak si polan, dahulu kau tertawa kini dalam perutku kau menangis. Dahulu kau bergembira, kini dalam perutku kau berduka. Dahulu kau bertutur kata, kini dalam perutku kau bungkam seribu bahasa."

Ketika semua manusia meninggalkanya sendirian, Allah berkata, " Wahai hamba-Ku, kini kau tinggal seorang diri. Tiada teman dan tiada kerabat di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap. Mereka pergi meninggalkanmu seorang diri. Padahal, kerana meraka kau pernah melanggar perintah-Ku. Hari ini, akan Kutunjukkan kepadamu kasih sayang-Ku yang akan takjub seisi alam. Aku akan menyayangimu lebih dari kasih sayang seorang ibu pada anaknya."

Kepada jiwa-jiwa yang tenang Allah berfirman, "Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam Jannah-Ku."
 
=================================================================================

Kepada semua yang membaca, moga kita sentiasa mengingati mati dan berusaha menjadi hamba-Nya yang soleh dan solehah, insyaAllah. 
Rasulullah SAW bersabda," wakafa bi almauti wa'idha." Maksudnya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!

Salam sayang..salam kemaafan..
Wassalam ..(",)

Offline vs Online?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Buat semua pengunjung blog, empunya diri mendoakan agar anda semua baik-baik belaka dan sihat sejahtera di bawah lembayung Allah SWT.
Semalam sy offline dan fokus menaip tesis. Hari ni sy online dan masih terkial-kial menaip tesis. Terdapat perbezaan di situ di antara perkataan off dan on. Ada apa sebenarnya pada offline dan online?

Emm..bila sy offlinekan, kan, mungkin banyak kerja yang mampu sy lakukan, misalnya ye kawan-kawan:-

Friday, August 27

Kalah pada air mata

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Hati sy gundah gulana dan rasa amat sayu, pahit bak hempedu. Rasa itu datang lagi tanpa sy pinta. Sy amat sedih dan kenangan itu sekali lagi menghantui dan menyelinap di setiap pelusuk jiwa.
nangis xperlu caption..
---> manik-manik halus gugur satu persatu, lebat dan semakin lebat. Pengkaji cuaca melaporkan banjir akan melanda di beberapa tempat memandangkan jiwa sy kurang kebal kerana tiada cop water resistant. :'(

menangis atas dosa yang dilakukan akan memantapkan jiwa
Astaghfirullah hal'azim. Ya Allah, hanya Kau Maha Mengerti. Sy tidak bisa lepas dari itu. Kenangan itu menjerat kembali. Lelah. Terkapai-kapai mencari tisu untuk membuat benteng agar air yang deras mengalir tidak melimpah ke tempat lain. Ya Allah..
menangis tak bererti lemah
Sy ikrarkan dalam hati Allah akan uruskan yang terbaik. Yang pasti rasa itu tidak pernah mati. Masih begitu dan tidak pernah pudar ataupun hilang. Sy hanya mampu mendoakan seperti biasa. Tiada perasaan benci, marah ataupun dendam. Cuma menguatkan hati, itu bukan kepunyaan sy. Allah berhak mengambilnya dari sy. So, sy perlu ikhlaskan hati terima segalanya seadanya.
menangis dapat melembutkan hati yang keras
Hati---> rasa yang pernah menghuni di situ masih begitu. Tidak beranjak sedikit pun walau beberapa darjah. Sy tarik nafas sepanjang-panjangnya dan beristighfar.. "Kuatkan hatiku ya Allah."-bisik hati

Resah dan gelisah tidak mahu lari dari diri ini. Owh, sy hanya perlu 'itu' untuk tenangkan hati. Ya, al-Quran!
Naskah istimewa itu dipeluk erat dan dicium berkali-kali. Berkaca-kaca mata ini dan tanpa disedari ia gugur lagi.. Allahuakbar.. berdosanya diri ini.(T_T) 

Ya Allah bukakan hati itu untuk memaafkan diri ini. Moga kami sentiasa redho dan sama-sama ikhlas memburu cinta-Mu ya Allah..aameen..

Sy sedar diri sy tidak bagus tapi sy sedang cuba untuk membaguskan diri sy dengan taat kepada-Nya. Kawan-kawan, doakan sy agar sentiasa istiqamah untuk berubah kepada yang lebih baik.

Kata hati: Sayangilah sesuatu kerana Allah kerana di situ terletaknya kemanisan iman dan perbanyakkan doa serta mohonlah kebahagiaan untuk semua.. (^_^)

Salam sayang sesayangnya buat anda.. Moga persahabatan kita akan jadi tali penghubung taqwa kepada-Nya..aameen..
Wassalam..ilal liqa' ma'as salamah..fi amanillah..(",)

Jom doa sama-sama!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

I'm quick to update here..Just nak masukkan entri yang tiba-tiba muncul toink toink dalam kepala. Lagi 5 minit waktu nak berbuka so I'm rushing against time..=)

sy curik adik sy punye pic..
Kawan-kawan..mase nak berbuka ni doa kita dimakbulkan Allah, insyaAllah..So, marilah kita sama-sama tadah tangan mohon apa yang dihajati kepada Allah SWT.

Jangan jangan jangan

Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum wbt..

amik dr encik Goo..mencantikkan ruang yg ada
Berbekalkan khazanah misteri yg dah lame sy peram dalam lappy ni, dengan keterujaan sy mengisytiharkan bahawasanya hari ini satu khazanah akan dikeluarkan dari tempat persembunyiannya. Diharapkan agar anda semua bersabar dan tidak membuat muka pelik. Tut tut tut.. 

Pada pagi yang amat berkat ini, terjalan-jalan rasa di sanubari sy untuk kecek pasal jangan jangan jangan bukan gaia gaia gaia ye kawan-kawan. Ha, cuba teka apa yang jangan jangan jangan tu? 

--------------------------------------------------------###
--------------------------------------------------------###
--------------------------------------------------------###
-----------------------------------------------------------------------------------------------------#######
-----------------------------------------------------------------------------------------------------#######
-----------------------------------------------------------------------------------------------------#######

Cuti-cuti Malaysia..

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah mata sy masih segar walaupun siang sy amat padat dengan jadual kuliah dan tutorial. Bertemankan roomate yang setia menonton Ketika Cinta Bertasbih (spesial ramadhan), sy buat-buat sebok berblog dinihari. Hati amat tenang dan aman walaupun ada masalah yang melingkari. Pada 17 Ramadhan ini sy nak ucapkan selamat menyambut Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam. Sama-samalah kita menghayati peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW. =)

Negeri Sembilan tak cuti, so sy akan ke tutorial Fonetik esok seperti biasa.Yang pasti sebelum jam 7.45 pagi sy mesti berebut untuk menaiki bas ke kampus kerana ada perjanjian yang telah dimeterai bersama ahli-ahli kumpulan K.I.T.A untuk menyiapkan dua video yang berbaki. Kawan-kawan silelah tengok gamba-gamba kat bawah ni. Lokasinya di Selangor dan  kesemuanya adalah untuk sebahagian projek sy dan kawan-kawan. Mohon doanya ya moga segala usaha kami dipermudahkan.(^_^)
                                           
kat Restoran Cholo-Cholo
Resort Restu Ibu
Nur Lembah Pangsun

Both pictures at Cholo-Cholo Restaurant
Penyambut tetamu sesat kat Restu Ibu Resort
Untuk gambar yang lain yang lagi power dan amat cantik, akan diuploadkan akan datang. InsyaAllah sy cuba masukkan secepat mungkin..Oklah, salam sayang semuanya.(",)    

Thursday, August 26

Sahur oh sahur


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

sahur banyak pahala
Sy terlepas sahur hari ni. Dukacita dimaklumkam, sy amat sedih kerana handset di sebelah gagal membangunkan sy. Persoalan berbangkit di fikiran hanya yang tersebut:-
  1. Silent mode yang terlupa ditukar kepada Generalkah puncanya?
  2. Tidur yang amat nyenyak selepas moreh kek batik dan cucur keriakah yang menyebabkan sy tak terbangun?
  3. Kepenatan melampau selepas seharian di bilik mutimediakah?
Soalan di atas amat subjektif dan setakat ini itu yang berlegar-legar dan mengetuk-ngetuk benak fikiran sy. Namun, Encik Rasional datang tanpa dijemput dan menjelaskan sebab-musababnya kepada sy. Hati, fikiran dan emosi nodded tanda setuju. No compromise!

Babai aku, welcome saya.. Berita satu!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah 'saya' ada masa untuk melawat 'kawan baik' saya hari ni. Eh sejak bila bersaya-saya ni?
Ehem..s a y a ataupun dibuang a yang pertama dan a yang kedua equal to sy menjadi ganti diri pertama sekarang. Dah takde 'aku' macam sebelum ni.
'aku dah takde..babai

Sunday, August 22

Aku ingin mencintai-Mu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, niat di hati untuk masukkan post baru sudah terlunas. Sudah lama diri ini mengidam untuk m'update blog, tetapi kesibukan belajar dan longgokan tugasan dicelahi dua tesis yang menjerit terlolong mintak disiapkan membuatkan diri ini pasrah. Pasrah membiarkan labah-labah bermaharajalela membuat sarang di laman sesawang ini. 

Di kesempatan ini, masih belum terlambat rasanya aku nak ucapkan Ahlan Wasahlan ya Ramadhan..Ramadhan Kareem. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas. Aku doakan agar kita tidak jemu topup amalan bukan sahaja untuk bulan yang berkat ini tapi untuk bulan-bulan seterusnya. Semoga ianya sentiasa diberkati, insyaAllah, aameen Ya Rabb.

First and foremost, aku nak share satu lirik lagu kumpulan nasyid Edcoustic dari album Muhasabah Cinta. Tak kisahlah lagu ni dah berkurun ke apa, yang penting liriknya bawak maksud mendalam. Menusuk dan mencucuk ke kalbu. Aku baru terdengar lagu ni lima minit yang lepas dan automatik terus terdetik and terjentik hati ni nak post entry baru pasal ni. Here it goes..

browsed via Google
Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan
agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU
                                                                                           Aku ingin mencintai-MU
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mencintai-MU
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-MU
ya Rabbi......

Tajuk lagu ni, aku ingin mencintai-Mu. Untuk tidak mengecewakan anda yang teringin nak dengar lagu ni, sebenarnya....


===================================================================

lagu yang sedang berkumandang dari blog inilah lagu aku ingin mencintai-Mu.
Hayati dan fahamilah maksud yang tersirat.. Moga kita sentiasa waras untuk meletakkan cinta pada tempat yang betul. Cintailah Allah setulus-tulusnya..
Wallahua'lam..

Sunday, August 15

s.a.h.a.b.a.t.

courtesy by gOOgle
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..
Istimewa buat yang bergelar sahabat..

Sahabat..
Kita bermula dengan sapaan salam dan hai,
Hanya mencuba nasib sama ada dipelawa menjadi teman.
Tidak pernah kenal sebelum ini tetapi tetap ingin cuba berkawan,
Pernah tak kita terfikir mengapa kita tertarik ingin berteman?
Dengan dia, dengan mereka...?

Sahabat..
Masa menemukan kita..dan dengan masa juga yang memisahkan kita,
Kita berkawan..berteman dan bersahabat,
Segala rasa dikongsi bersama,
Susah senang, pahit manis, suka duka, tangis ketawa..
Semuanya bersama..
Makan sepinggan, minum secawan, tidur sebantal..
Semuanya bersama..

Tanya pada hati apa sebab goyang..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
google

Luahan rasa ini satu coretan yang lahir dari hati..
Kita mungkin pernah kecewa dan sakit hati..
Badai itu memukul tangkai hati..
Ombak itu menggulung resah di hati..
Seakan punah segalanya yang kita bajai dalam hati..
Mati segala rasa yang pernah bersemi dalam hati..