Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Ulasan Ustaz Zaharuddin.net berkenaan Facebook
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan,
melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara
penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut
kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang
dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan
enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak
langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci,
marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau
isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat
komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang
secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk,
perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah
suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang
rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan
mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung.
Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan
pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian.
Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri. Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat
yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak
boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka
secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat
dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan
olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini
punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini
boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan.
Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti
Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor
Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan
isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook.
Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa. Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan
pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui
secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan
pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa
yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya.
Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui
facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda,
agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada
anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam
(delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa
pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin
sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian
terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan
gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi
kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah
pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan
kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar
sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin.
Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya
memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat
‘lamaran’ nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan
memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja
lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami)
tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan
wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan
lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika
kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi
Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu
menghampiri zina’.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana
gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna)
ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini
.
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya
mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang
kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya,
si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita
tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula
menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh
dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai
dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan
menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya
dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya
telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang
orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan
friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih
terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu
‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun
gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru,
sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang
menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat
perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar
mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan
sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan
suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali
anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti,
terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda
mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain,
kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan
tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat
saham dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi
mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri
kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang
banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa
penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin
menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama,
dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu
disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat
oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh
menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu
tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran
gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga,
justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah
sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat
ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat.
Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’
boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih
tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling
kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas.
Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh
‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun,
penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu,
walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia
tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan
baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan
pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan
baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia
mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya
secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua
perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar
orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran
dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah,
berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau
sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan,
imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi
wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis,
adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu
macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan
menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian
extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama.
Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya
sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah
kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent’,
zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah
tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila
berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi
solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah
mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak
mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai
mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi
baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan
sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan
senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang
bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan
rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat
dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan
kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah
al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di
kalangan mukmin.
Sekian
Sumber: www.zaharudin.net
No comments:
Post a Comment
yang kisah