Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS bukan kerana merah kilauan lipstik pada bibir memekar senyuman kosmetik, tetapi pada keperibadian dan terpelihara kelembutan serta kesopanan menghiasi jiwa.
|
gambar hiasan |
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah untuk menggoda pandangan nafsu mata, tetapi pada kehidupan terjaga dari menjadi mangsa tohmahan dunia.
|
gambar hiasan |
Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam sehingga turunkan insan ke dunia, tetapi menjadi pembakar semangat perwira dan menjadi tunjang perjuangan syuhada.
|
gambar hiasan |
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK tidak menjerat diri ke lembah kederhakaan, mengalir mutiara di kelopak mata, tetapi menjadi penyelamat ibu bapa pada hari kebangkitan semula.
|
gambar hiasan |
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumah tangga tetapi sentiasa bersama menempuh badai di sisi suami tercinta.
|
sekadar hiasan |
(^_^)
No comments:
Post a Comment
yang kisah