Tuesday, March 30

Aku cinta dia!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

google
Aku baru kehilangan moyang tersayang Isnin lepas. Moga rohnya aman dan di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman,aameen. Al-fatihah.

Entri kali ini hanya berkisar mengenai aku dan si 'dia'. Cukuplah aku memperkenalkan 'dia' sebagai A. Aku mula jatuh cinta dengannya sejak aku kecil. Sekarang aku masih menyintainya dan insyaAllah sehingga mati aku akan tetap mencintainya.

Bermula dengan perasaan suka aku telah memilihnya untuk menjadi teman hidupku. Honestly, aku memang mencintainya. Sebenarnya, mummyku tahu akan perasaanku terhadap A. Sebelum mengenal abc dan 123 lagi aku sudah mengenal A. Kesemuanya atas dorongan mummyku. Dahulu, mummyku selalu mencari jalan agar aku sentiasa dekat dengan A. Alhamdulillah berkat usaha dan doa seorang ibu, Allah telah buka hatiku untuk mencintainya."Oh, thanks mum i'm falling in love.." Usaha mummyku berhasil. Itu pasti! Aku bersyukur kerana dalam tempoh masa ini aku telah menerima A dan masih belajar untuk memahaminya sebaik mungkin. Babahku dan seluruh keluargaku amat menyokong cintaku ini. Bahagianya diri. Alhamdulillah. Tiada bantahan dan tiada kompromi. Thanks Allah!

Wednesday, March 24

Dunia ini sementara

google
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.

Aku berfikir panjang semalam sehingga lena tanpa kehadiran mimpi. Terleka dan terpana dengan cerita mummyku mengenai seorang ibu telah rebah dan sempat disambut semasa berbaris lalu meninggal dunia di SUK Perak. Babahku yang turut berada di tempat kejadian menceritakan, arwah sedang berbaris untuk mengambil dermasiswa bagi pihak anaknya. Ya Allah, besarnya kuasaMu.Terus terlintas di fikiranku, kasihan keluarga arwah. Mesti anaknya tidak sangka ibunya akan meninggal dunia semasa berbaris untuk mengambil dermasiswa bagi dirinya. Ya Allah, terus meresap dalam diri ini, mungkin hari ini, esok, lusa atau tulat giliran aku pula. Sesungguhnya kita tidak tahu bagaimana cara kita mati nanti. Hanya mendoakan semoga mati kita dalam Islam, iman dan cara yang baik.


                                       ***********************************

Monday, March 22

Hargailah mereka!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Kawan-kawanku, pernah tak anda menerima nasihat sebegini, "Jangan nakal-nakal", "tamo noty", "jadi budak baik", "jaga diri baik-baik", " jaga kesihatan", "jangan melawan orang" , "perangai mesti baik", "jangan buat orang marah" dan "jangan mengada-ngada". Pernah tak?

Dari aku kecil sampai dah tua macam ni, nasihat-nasihat itu masih bermain-main di fikiran, masih terngiang-ngiang di telinga, masih tersimpan rapi dalam inbox emailku, masih bertambah-tambah dalam inbox handphoneku dan semakin kerap dilafazkan di gegendang telingaku. Ikhlasnya aku senang dengan nasihat-nasihat begitu. Terima kasih mummy, babah, adik-adik nakalku, nenek, atuk, kawan-kawan dan semua yang rajin mengucapkan kata-kata hikmah itu.