Wednesday, February 24

Jadilah hamba yang bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim.
Dugaan datang silih berganti tetapi pernahkah kita bersyukur? Tahukah kita segala dugaan, cubaan dan ujian yang Allah hadiahkan buat kita itu tanda kasih sayangNya? Pernahkah juga kita menggali sebab dan musabab segala pujian yang datang berguni-guni itu selalunya akan terus buat kita tak sedar diri.


Jawapan bagi persoalan-persoalan tersebut amat mudah bagi golongan yang berfikir tetapi bagi mereka yang terlalu berat mulut mengucapkan lafaz alhamdulillah tanda syukur kepada Allah mungkin kebuntuan dan masih teraba-raba mencari sebab mengapa mereka diduga sedemikian rupa.

Google

Hidup ini akan susah, sukar dan huru hara sekiranya kita jadi hamba yang tidak tahu dek untung. Cuba kita bayangkan, kita mendapat carry mark yang tinggi atas usaha kawan-kawan kita sedangkan kita langsung tidak menyumbangkan idea dan tenaga.Ucapan terima kasih pun kita tidak hadiahkan kepada mereka sebaliknya kita hanya mengekek ketawa tanda gembira dan mengelip-ngelipkan mata buat-buat tidak sangka.Begitulah juga dengan hadiah dan anugerah yang Allah kurniakan buat kita.Bersyukurkah kita atas segala masalah yang telah ditemui solusinya? Bersyukurkah kita dengan nikmat sihat dan anugerah usia? Bersyukurkah kita dengan segala malapetaka yang terjadi, kita masih dipeliharaNya?
Ringan-ringankanlah bibir itu mengucapkan syukur, bersihkanlah hati itu dari sifat takabbur, sucikanlah fikiran itu dari bongkak dan sombong. Sujudlah kita tanda syukur kerana Allah amat mengasihi orang yang bersyukur. Berterima kasihlah kita kepada Allah kerana Dia menguji kita dengan kesakitan, kepahitan dan kelemahan untuk menguji tahap kesabaran dan kasih sayang kita kepadaNya.

Mukmin yang bersyukur tidak akan pernah merintih sakit dengan dugaan Allah, tetapi mereka akan senyum dan mengucapkan alhamdulillah kerana mereka tahu Allah amat kasih kepada mereka.Setiap satu dugaan yang Allah hadiahkan, berganda-ganda ganjaran yang Dia sediakan bagi mereka yang bersabar.


Ringkasnya, marilah kita jadi hamba yang bersyukur yang sentiasa tabah dan kuat dalam menempuh kehidupan.Moga kita sama-sama terpilih ke Jannah ,insyaAllah.Wallahua'lam.
Truly,



4 comments:

  1. salam alaik fiza yang dikasihi

    ya betul kita sebagai hambanya sentiasalah mensyukuri atas nikmatnya kerana ia merupakan rezekiNYA kepada kita hambanya...AMIN

    ReplyDelete
  2. salam. setiap dugaan dan cabaran yg berlaku pde kita haruslah kita tempuhinya dengan tabah kerana disitu ada kemanisannya yang kita sendiri tidak tahu .. banykkanlah mengingati Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya DIAlah yg maha berkuasa menetukan segalanya.

    الحمدلله ياالله

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam wbt..
    kak sally> ye same2 la kita jadi hamabaNya yang bersyukur=)
    anam> akak setuju 100% dengan anam..thanks anam=)

    ReplyDelete
  4. btul2...tapi kan klu akk besarkan ckit doa tu lagi ok kot?takut2 la ade mate yang rabun...

    ReplyDelete

yang kisah