Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, niat di hati untuk masukkan post baru sudah terlunas. Sudah lama diri ini mengidam untuk m'update blog, tetapi kesibukan belajar dan longgokan tugasan dicelahi dua tesis yang menjerit terlolong mintak disiapkan membuatkan diri ini pasrah. Pasrah membiarkan labah-labah bermaharajalela membuat sarang di laman sesawang ini.
Di kesempatan ini, masih belum terlambat rasanya aku nak ucapkan Ahlan Wasahlan ya Ramadhan..Ramadhan Kareem. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas. Aku doakan agar kita tidak jemu topup amalan bukan sahaja untuk bulan yang berkat ini tapi untuk bulan-bulan seterusnya. Semoga ianya sentiasa diberkati, insyaAllah, aameen Ya Rabb.
First and foremost, aku nak share satu lirik lagu kumpulan nasyid Edcoustic dari album Muhasabah Cinta. Tak kisahlah lagu ni dah berkurun ke apa, yang penting liriknya bawak maksud mendalam. Menusuk dan mencucuk ke kalbu. Aku baru terdengar lagu ni lima minit yang lepas dan automatik terus terdetik and terjentik hati ni nak post entry baru pasal ni. Here it goes..
browsed via Google |
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan
agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU
Aku ingin mencintai-MU
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mencintai-MU
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-MU
ya Rabbi......
Tajuk lagu ni, aku ingin mencintai-Mu. Untuk tidak mengecewakan anda yang teringin nak dengar lagu ni, sebenarnya....
===================================================================
lagu yang sedang berkumandang dari blog inilah lagu aku ingin mencintai-Mu.
Hayati dan fahamilah maksud yang tersirat.. Moga kita sentiasa waras untuk meletakkan cinta pada tempat yang betul. Cintailah Allah setulus-tulusnya..
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment
yang kisah