Friday, August 27

Kalah pada air mata

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Hati sy gundah gulana dan rasa amat sayu, pahit bak hempedu. Rasa itu datang lagi tanpa sy pinta. Sy amat sedih dan kenangan itu sekali lagi menghantui dan menyelinap di setiap pelusuk jiwa.
nangis xperlu caption..
---> manik-manik halus gugur satu persatu, lebat dan semakin lebat. Pengkaji cuaca melaporkan banjir akan melanda di beberapa tempat memandangkan jiwa sy kurang kebal kerana tiada cop water resistant. :'(

menangis atas dosa yang dilakukan akan memantapkan jiwa
Astaghfirullah hal'azim. Ya Allah, hanya Kau Maha Mengerti. Sy tidak bisa lepas dari itu. Kenangan itu menjerat kembali. Lelah. Terkapai-kapai mencari tisu untuk membuat benteng agar air yang deras mengalir tidak melimpah ke tempat lain. Ya Allah..
menangis tak bererti lemah
Sy ikrarkan dalam hati Allah akan uruskan yang terbaik. Yang pasti rasa itu tidak pernah mati. Masih begitu dan tidak pernah pudar ataupun hilang. Sy hanya mampu mendoakan seperti biasa. Tiada perasaan benci, marah ataupun dendam. Cuma menguatkan hati, itu bukan kepunyaan sy. Allah berhak mengambilnya dari sy. So, sy perlu ikhlaskan hati terima segalanya seadanya.
menangis dapat melembutkan hati yang keras
Hati---> rasa yang pernah menghuni di situ masih begitu. Tidak beranjak sedikit pun walau beberapa darjah. Sy tarik nafas sepanjang-panjangnya dan beristighfar.. "Kuatkan hatiku ya Allah."-bisik hati

Resah dan gelisah tidak mahu lari dari diri ini. Owh, sy hanya perlu 'itu' untuk tenangkan hati. Ya, al-Quran!
Naskah istimewa itu dipeluk erat dan dicium berkali-kali. Berkaca-kaca mata ini dan tanpa disedari ia gugur lagi.. Allahuakbar.. berdosanya diri ini.(T_T) 

Ya Allah bukakan hati itu untuk memaafkan diri ini. Moga kami sentiasa redho dan sama-sama ikhlas memburu cinta-Mu ya Allah..aameen..

Sy sedar diri sy tidak bagus tapi sy sedang cuba untuk membaguskan diri sy dengan taat kepada-Nya. Kawan-kawan, doakan sy agar sentiasa istiqamah untuk berubah kepada yang lebih baik.

Kata hati: Sayangilah sesuatu kerana Allah kerana di situ terletaknya kemanisan iman dan perbanyakkan doa serta mohonlah kebahagiaan untuk semua.. (^_^)

Salam sayang sesayangnya buat anda.. Moga persahabatan kita akan jadi tali penghubung taqwa kepada-Nya..aameen..
Wassalam..ilal liqa' ma'as salamah..fi amanillah..(",)

3 comments:

  1. salam..insyaAllah..smoge kita same2 dpt istiqamah dlm meningkatkan keimanan padaNya..

    ReplyDelete
  2. menangislah andai boleh buat kita rasa oke..:)

    ReplyDelete
  3. notami> waalaikumussalam wbt..insyaAllah,syukron ya sodiqi..
    echah mashuri> na'am ya ukhti jamilah..ana uwafik ma'aki..
    (^_^)

    ReplyDelete

yang kisah