Thursday, August 26

Babai aku, welcome saya.. Berita satu!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah 'saya' ada masa untuk melawat 'kawan baik' saya hari ni. Eh sejak bila bersaya-saya ni?
Ehem..s a y a ataupun dibuang a yang pertama dan a yang kedua equal to sy menjadi ganti diri pertama sekarang. Dah takde 'aku' macam sebelum ni.
'aku dah takde..babai

Kenapa ya?
Segala reasons tercatit di bawah ye kawan-kawan..
1-Best bersaya
2-Seronok bersaya
3-Lebih selesa buat masa sekarang
4-Terguna saya dan awak dua tiga menjak ini
5-Macam dah berkenan
dah ber'saya' sekarang..ehem-ehem...

Kawan-kawan, sy nak cuba untuk berblog from this day. I'm not too loyal before sebab banyak kerja yang menjerat dan menyekat. Tetapi, ada timbul satu rasa yang telah buat sy untuk mengepos entri yang berkenan pada tangkai hati. Walaupun tak selalu menekan publish, tetapi sy akan cuba melalukan jugak jari telunjuk ini untuk mengklik. =)

Dah terlanjur menaip ni, sy nak bagitau satu berita kat anda. Bukan berita sensasi sesedap sarsi tapi berita hangat sesedap ayam penyet..(^_*)

Berita satu---> Blog ni tak berapa aktif kot sebelum ni sebab saya menjarangkan diri untuk post entri. Sebabnya, banyak benda penting yang sy perlu pentingkan dahulu misalnya segala yang berkaitan dengan pengajian dan pembelajaran serta pendidikan dan jugak pentarbiyahan.So, sy nak khabarkan sekali lagi ye kawan-kawan bahawasanya blog ini sengaje tak dilabelkan dan dikhususkan kepada mana-mana topik sebab sy lebih senang sedemikian rupa. 

Mintak maaflah kepada kawan-kawan yang tak berkenan dan rasa sukar untuk memilih post-post yang berkaitan sebabnya seperti yang termaktub sebelum noktah sebelum ini. Then, saya nak jelaskan lagi bahawasanya blog sy menggunakan bahasa campur. Bahasa Melayu sebagai makanan sy, bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa-bahasa yang lain sebagai penambah rasa. Namun, sekiranya penggunaan bahasa sy salah, silalah berikan pengajaran dan teguran. Emm..actually, sy amat khuatir sekiranya al-madmun ataupun isi bagi entri sy tidak bermanfaat kepada anda, so sy amat perlukan pandangan dan feedback agar komunikasi satu hala ini menjadi komunikasi dua hala yang berkesan dan bermanfaat. 

Eh, sebelum terlupa, sy nak buat jemputan pada semua. Bukan jemputan kahwin ataupun jemputan cukur jambul anak sedara tapi jemputan untuk majlis membuka hati untuk kita saling ingat-mengingati. Oleh itu ye kawan-kawan, tegurlah kalau nampak sy salah dalam penulisan dan pandangan. Tu ha kat bawah ada pantun empat kerat  yang baru je sy kerat dari karangan darjah enam sy..

Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan,
Tokse ragu tokse bimbe,
Sy boleh terima segala kritikan.

Eh kawan-kawan...sy fail berpantun so rhythm lari takpe kan? huhu  (*_*)

Oklah, berita satu dah on air dan tamat siaran. Berita kedua, ketiga dan seterusnya akan menyusul bila-bila masa mengikut peredaran zaman. Harap maklum.

* A little bit confuse nak letak tajuk entri sebab i'm realized segalanya berkecamuk dan ready untuk mengamuk..
Akhir kalam..

Jaga diri hiasi peribadi,
Cintai Allah cinta hakiki,
Segala khilaf harap dimaafi,
Dengan senang hati sy undur diri.

Salam sayang dan salam menghambadakan diri untuk Ilahi..
Wassalam (",)

1 comment:

yang kisah