Thursday, January 12

Kisah geng semut

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Di waktu petang suam-suam kuku macam ni, aku sedikit blur. Mungkin effect ubat. So aku duduk diam-diam sambil tengok lantai. Err.. mane datang angkatan semut ni? Terbaik depa berkawad. Barisan memang lurus. Siap buat dua barisan. Aku tercari-cari yang mana satu ketua komandan.. Ya Rabbi, sebelum ni tengok semut takdak la feeling macam ni.. Tapi kali ni Ya Allah.. Kagum sangat aih (^____^)

Sedari aku, Allah meletakkan pandangan kita pada sesuatu dengan hikmah. Untuk kita mempelajari, berfikir dan lebih dekat dengan-Nya. Tapi kadang-kadang kita ja buat pandangan tu jadi kosong. Pandangan tak bermakna la konon. Emm.. kecualilah untuk benda-benda yang lagha, jangan la tengok ok??

Oklah, sepanjang pemerhatian aku, geng semut ni sangat sopan. Jalan dia ya Allah, cantik sangat. Bila geng sebelah kanan jumpak geng belah kiri, depa salam. Maybe say Assalamualaikum, tanya kaifaluka, dah kawen ka belum and etc. Baguskan? Sangat caring each other.. Kalau macam ni, ukhwah depa haruslah eratkan??

Then, semut punya habit sangat sempoi. Diorang punya life sangat menitik beratkan kerjasama. Let say ada choki-choki yang dah terbukak jatuh kat bawah meja. Geng semut ni akan mengarahkan segala ajk depa pi tempat kejadian. Mungkin yang bertugas akan buat part time sebab bukan senang geng semut nak kenduri choki-choki. So geng semut ni akan tolong menolong bawak choki-choki sedikit demi sedikit balik ke perkampungan depa. Yang comelnya, depa ni kecik. Kalau makanan besaq and tak boleh dicerai-beraikan, depa angkut sama-sama. Lepas tu, rezeki tu depa faraid la sama rata. Semua dapat. Yang tua, muda, dan yang kecik semua rasa choki-choki. Seronokkan?

Lagi, aku tertacing jugak cara semut ni bekerja. Depa sangat profesional. Konon la ada rumah antara depa runtuh kena semboq dengan ridsect ka kena pijak and lenyek dengan kaki manusia ka apa ka, depa tetap cool ok! Depa ramai-ramai akan bawak geng masing-masing angkut tanah ka batu yang kecik-kecik ka untuk renovate atau rebuilt rumah membe depa. Jangan tak tau, masyarakat semut pon ada yang higher education. Depa pon ada yang jadi arkitek untuk rumah depa ok?? Hebatkan? Yang pastinya, geng semut amat rajin bekerja. Lebih rajin dari manusia kot?

Credit to Google
Ok peeps, rasanya sampai ni je nak kongsi. Entri ni dari buah fikiran sendiri.. Harap ada sesuatu yang dapat difahami. Sebelum tu, aku tutup entri ni dengan ayat 17-19 dari surah An-Naml (semut).

Firman Allah Ta’ala:
“Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya terdiri dari jin, manusia dan burung lalu mereka berbaris dengan tertib. Hingga ketika mereka sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut: “Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya sedangkan mereka tidak menyedari.” Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: “Ya Tuhanku! Anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”


Salam sayang~

2 comments:

  1. setiap satu ciptaan Allah itu, ada tersembunyi hikmah di sebaliknya. :) subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izfanora: setuju.. Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.. :)

      Delete

yang kisah