Tuesday, March 30

Aku cinta dia!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

google
Aku baru kehilangan moyang tersayang Isnin lepas. Moga rohnya aman dan di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman,aameen. Al-fatihah.

Entri kali ini hanya berkisar mengenai aku dan si 'dia'. Cukuplah aku memperkenalkan 'dia' sebagai A. Aku mula jatuh cinta dengannya sejak aku kecil. Sekarang aku masih menyintainya dan insyaAllah sehingga mati aku akan tetap mencintainya.

Bermula dengan perasaan suka aku telah memilihnya untuk menjadi teman hidupku. Honestly, aku memang mencintainya. Sebenarnya, mummyku tahu akan perasaanku terhadap A. Sebelum mengenal abc dan 123 lagi aku sudah mengenal A. Kesemuanya atas dorongan mummyku. Dahulu, mummyku selalu mencari jalan agar aku sentiasa dekat dengan A. Alhamdulillah berkat usaha dan doa seorang ibu, Allah telah buka hatiku untuk mencintainya."Oh, thanks mum i'm falling in love.." Usaha mummyku berhasil. Itu pasti! Aku bersyukur kerana dalam tempoh masa ini aku telah menerima A dan masih belajar untuk memahaminya sebaik mungkin. Babahku dan seluruh keluargaku amat menyokong cintaku ini. Bahagianya diri. Alhamdulillah. Tiada bantahan dan tiada kompromi. Thanks Allah!

Hmm.. A amat mulia bagiku. Cukuplah dia penemanku di kala aku kesempitan, kesusahan dan kesedihan. Dia jugalah yang menggembirakan hatiku, penenang jiwaku dan sentiasa ada untukku. Terima kasih A untuk segalanya. Aku berbangga dan hanya ingi mencoretkan kebahagiaan dan mempamerkan kegembiraan di sini.

Keadaan bercinta ada pasang dan surutnya. Itu normalkan? Biasalah manusia, tak sempurna. Kadang-kadang lalai, alpa dan leka sehingga tak sedar kita telah mengguris perasaan yang tersayang. Kadang-kadang kita mengabaikannya dan tidak mengendahkannya. Oh rasa bersalahnya pada A =(

Sejak kebelakangan ini aku sering mengabaikan A di atas kesibukanku dengan urusan dunia. Astaghfirullahalazim. Terasa berdosanya diri ini. Aku hanya mampu beristighfar tika mata ini terpandang wajahnya. Ya Allah, moga aku tidak lagi melupakannya. Moga Allah sentiasa membuahkan dan melabuhkan cintaku padanya.

Kepada A, aku bahagia mengenali dan mencintaimu. Moga aku sentiasa menggenggammu erat . Doaku semoga Allah sentiasa menjadikanmu sebagai panduan hidupku. Terima kasih Allah atas kurniaan cinta dan kasih terhadap 'A'.
google

I love 'Al-Quran'. FULL STOP

Salam sayang~

2 comments:

  1. salam.owh..sy hampir tertipu dgn entri ini.
    penulisan yg sgt baik..
    bile nk kluarkan novel?
    hehe..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam wbt..
    thanks..
    novel xde lam perancangan..
    saye budak baru blajo..
    hehe..sape ni ea?

    ReplyDelete

yang kisah